Seminar Asas Foto UIAM 2010 & Ekspedisi Menjejak Pelangi, Sg Lembing (PART 01)
Posted by uDA | Posted in Aktiviti, Foto, Photo Outing | Posted on 30-03-2010
1
Dah sebulan lebih pun berlalu, asik tangguh-tangguh je nak up kat sini, sebab dah letak pun gambar-gambar di facebook hehe.
Ok, seminar berlansung dengan lancar. Semua peserta nampaknya boleh terima dan faham apa yg disampaikan oleh penceramah2 tempohari. Saya je yang cuak sebab pertama kali berceramah tentang fotografi depan ramai orang hehe. Tapi Alhamdulillah, dengan sedikit ilmu yang ada, saya teruja untuk berkongsi dengan semua. Lagi2 memandangkan yang datang tak semuanya ada DSLR. Ada yg guna camera compact sahaja. Jadi dalam slide, saya banyak sertakan contoh2 gambar yang saya ambil menggunakan compact camera.
dan telah saya nyatakan bahawa jenis kamera itu bukan satu penghalang untuk anda meneruskan minat dalam dunia fotografi. Yang penting mesti tahu bagaimana mengoptimakan penggunaannya. Kerana saya juga bermula dengan kamera compact (point and shoot camera). Jadi saya faham keterujaan untuk memiliki DSLR walaupun ada kekangan dari sudut kewangan. Tak mengapa, sebab dengan compact sebenarnya lebih mudah untuk belajar tentang komposisi gambar kerana kamera itu kecil, mudah dibawa dan senang nak dapatkan angle; bawah, atas dan sebagainya.
Untuk yang telah memiliki DSLR pula, penting untuk terus belajar dan memahami konsep teknikal camera dan juga teknikal komposisi gambar. DSLR tidak menjamin gambar yg cantik, jika anda tak tahu menggunakannya. Dan kelebihan DSLR, anda boleh berkarya melaluinya. Kerana dengan DSLR, kita boleh mengawal sepenuhnya dari segi teknikal kamera. Itulah yg membezakannya dengan kamera compact, di mana dengan kamera compact selalunya kita terus menggunakan setting auto.
Hampir 100 orang jugalah saya rasa yang hadir seminar haritu, termasuk fasilitator2 yang ada datang jauh dari KL dan Kelantan juga. Tanpa bayaran, semata-mata untuk berkongsi ilmu. Nikon juga sponsor t-shirt untuk fasilitator (best! thanks nikon) dan juga cap nikon untuk para peserta. Saya harap semua yang hadir akan memanfaatkan ilmu sebaik mungkin dan saya secara peribadi juga mendapat pengalaman dan ilmu yg banyak dari seminar ini. Harap-harap UIA akan organize lagi nanti! ;-)
Ok, gambar!

mr mahfooz, speaker from nikon
.jpg)
tak ingat nama..hehe. speaker dari nikon juga. penerangan tentang digiscopic
.jpg)
sangat cool kan? lens digiscopic pada compact camera. hasilnya pun menakjubkan…huhu
.jpg)
dapat saguhati sebagai penceramah. hehe…t.kasih UIA. tak sangka ada saguhati.
.jpg)
selesai je seminar, fasi2 yg terlibat terus pecut ke sg lembing untuk meneruskan ekspedisi menjejak pelangi, air terjun pelangi sg lembing. best!
.jpg)
sedang menunggu ketibaan lori yg akan bawa sebahagian masuk ke dalam
.jpg)
tengggterengggg! ekekeke
.jpg)
cuak2 je muka yg kena naik lori pikap tersebut. ekeke
.jpg)
encik abdullah jones. lagak seorang mandur yg sedang gembira melihat pekerja-pekerja ladang beliau menaiki lori masuk ladang
.jpg)
peace sangat la… ekeke. kesian mereka2 ini kerana dibantai teruk oleh segala pokok2 sepanjang perjalanan. hihi. *abam spek itam, mintak sain blakang satu! ekeke
.jpg)
jalan mmg teruk. macam tak ada jalan. abeh la segala kembara yang masuk sini
.jpg)
fuh…mcm camel throphy discovery
.jpg)
perjalanan yg mencabar dan menyeronokkan hehe. abeh jahanam kembara pak busu ekeke
.jpg)
ok, inilah aktiviti penting setelah sampai ke tapak perkhemahan. bakar kambin!
.jpg)
dan juga barbeque ayam. patut la sedap semacam ayam malam tu hehehe
.jpg)
incik arey sedang membaca mentera orang gunung ke atas kambin2 tersebut supaya mereka cepat masak dan lazat dimakan
.jpg)
layan slow sync sementara yg lain2 menyuluh ayam
.jpg)
lapar! lapar! lapar!
.jpg)
gambar oleh incik hubby. huuu.. i like!

tajuk gambar : mandi menghapus dosa oleh dr jamal rahman. sekali lagi, encik abdullah jones dengan lagak seorang mandur memerhati pekerja-pekerja ladang beliau tidak cuba2 lari ketika mandi
Ok, tamat untuk hari pertama. walaupun penat mengharung segala onak duri ranjau berliku sepanjang jalan, semua orang nampaknya enjoy dan begitu seronok sekali. yang penting, semua selamat dan tiada berlaku kejadian tidak diingini. cuma sikit la…sebuah pikap sumpahan sangkut sikit masa kejadian meredah sungai. hehe, nasib baik semua makanan dan bekalan dalam pikap tersebut selamat…tak masuk sungai.
ya, saya sorang peserta perempuan. tu la…kurang syok tak ada geng nak mengilai malam2 hihihi. Ok, bakal bersambung PART 02. ;-)







