Recent twitter entries...

  •  

Bravo Kakak Aneem

Posted by uDA | Posted in Foto, Keluarga, Peribadi, tasneem&najla | Posted on 20-11-2009

5

alieya_tasneem2Hari ni last day anak2 kat sekolah. Pagi tadi kitorang gi sekolah dia jap, cop siap2 tempat Tasneem darjah satu dgn Najla sambung lagi kelas pra kat situ taun depan. Lambat kang, penuh, satu hal plak. huhu.

Tadi diorang balik sekolah bawak kertas ujian akhir haritu. Aku sonok gila Tasneem dapat nomor satu. Haha. Baru dapat nomor satu kat kelas pra dah sonok. Camana la sok Tasneem dapat 31A masa SPM nanti. Bleh ar Ibu dia masuk iklan astro kan. hakhak

Najla lagi best. ‘ibu! mu’allimah kata adik dapat nombor lapan. lapan tu lagi banyak dari satu. lapan lagi pandai la kan ibu’. *hihi. aku gelak2 kecil dalam hati. Kang kecik ati plak member tu.

‘Tak la…kalo nombor sikit lagi pandai. Kalo nombor banyak tak berapa pandai. Kena rajin2 belajar lagi. Takleh asik tengok tv, main jek’. ahaks. saja saiko dia.

Pastu dia bunyi bedecit. Mengeluh la tu. hihi. Muka tensen je sebab kalah ngan kakak dia. Tapi kira okey la, sebab dia sekelas ngan budak2 6 tahun, dapat nombor 8/16. Ok la kan. Yerrr, 16 orang jek kelas dia. huhu

Citer pasal exam dia haritu, mmg lepas balik skolah, kalo tanya Tasneem, exam ok tak? boleh jawab tak?

Dia jawab selamba, ‘senang jek semua’. haha, belagak tuh.

Kadang-kadang dia repot kat kitarang, adik dia Najla tu kalo takleh jawab soalan, nnti dia nangih. ekekebeloved01

Tapi kalo tanya Najla mmg beh.

‘adik bleh jawab tak exam tadi?’

‘boleh. senang je jugak macam kakak!’

‘ye ke senang. betul ke boleh jawab semua soalan?’

‘yerrrr lahhhh. kalau adik tak tahu jawab, adik tanya jek kat muallimah!’

haha…. dah agak dah.

p/s: gambo atas: tasneem. gambar bawah: najla. cepat sungguh anak2 membesar kan. huhu

  • Share/Bookmark

Comments (5)

Uda…bila dia kata senang aje tu…memang kita tak leh nak percaya 100%…sebab mesti dia ada buat careless mistake…sebab bila senang…laju aje menjawab

hihi..si mira plak dgn bangganya cakap dpt no. 15, naik skit dari sem sebelumnya iaitu no. 16..

anak aku nih, progres dia agak lambat..cikgu kat nurseri pon cakap..jeles gak bila tgk anak org lain pandai2 (mcm tasneem tuh)..tapi aku saiko balik diri aku, budak2 nih, akal tak sama..aku kena sabar byk skit time ngajo dia..huhuhu…

Chaiyok2 kak aneem..kak najla pun pandai gak..kalu kita anak dpt no.1 pun kembang gak…teruskan berusaha.. …anak kak sebelah umah anak dia dpt spm 9A and UPSR 6A cool jer uda..kalau kita mesti kecoh gak kihkihkihkih

nak tanya pasal neck floating…nak beli… please…

zizi, kalau nak beli boleh contact uda – 0193002092. harga RM39.90 termasuk delivery (semenanjung msia shj).

Write a comment

This site is protected by WP-CopyRightPro