Recent twitter entries...

  •  

Langkawi – Wild Life Park (Hari 02)

Posted by uDA | Posted in Aktiviti, Foto, Keluarga, Kerja, Percutian, Peribadi, Photo Outing | Posted on 17-11-2009

3

Ahah. Tiba-tiba jek langkawi part 2 kan. Gambar-gambar hari 1 tak dapat dikesan. Dalam CF kad lain gamoknyer.

Oh, trip kami dan team family Tinta Creative ke Langkawi telah berlansung dengan jayanya. Sangat heppi dan enjoy sekali.

Kami dari Kuantan telah menaiki bas pada Khamis, jam 9 malam. Semua sekali dari Kuantan, 12 orang, termasuk dua bayi bulat, Widaad dan Ean. Bas Utama Ekspress 2 tingkat, seat esekutip, sangat selesa dan perjalanan terasa hebat. Lebih hebat dari menaiki air-asia, sebab seat dia sangat lembut dan bley baring-baring. Haha.

Widaad sangat baik. Dia tido saja sepanjang jalan. Bila bas berhenti je dia nangih. hehe. Kami pula dapat seat depan sekali, tingkat atas. Sekali sekala terasa macam driver bas yang memandu secara otomatik. wuhu. Cuma bila hujan, takde button nak kasi wiper jalan.

Kami sampai di terminal bas Kola Perlih pukul 8 pagi. Dari terminal bas tu, berjalan kaki lebih kurang 300 200 meter ke Jeti. Dapat tiket feri pukul 10 pagi. Ok la, sempat brekfes dan duduk-duduk sembang sekejap.

Mereka-mereka yang dari KL iaitu keluarga En Syakir dan En Amy Search memandu kereta masing-masing dari KL. Mereka sampai bila kami dah naik feri. Tiket feri mereka jam 10.30 pagi. Ha, ok la kan timing tu. Plan yang bagus. Huhu.

Sampai-sampai saja di Langkawi, kami setelkan dulu part kereta sewa. Memang tak susah nak cari kete sewa kat sini. Ramai betul ejen-ejen kete sewa kat jeti tu. Cuma kalau kita book awal2, tak la kalut sangat nak cari kan. Lagi-lagi kalau buat rombongan cik kiah cam ni, elok la book awal. Disarankan, book kete baru la. Kasi confirm betul2 ngan ejen tu. Kitorang aritu dia kata nak kasi kete lain, sampai2 dia kasi van buruk. Tensen la wei, air con pun tak jalan. Sib baik kita bising-bising mintak tukar, so dapat la avanza sebijik, gen-2, dan waja. Sumer condition tip-top.

Kami menginap di Kondo Safa Idaman. Satu kondo ada 3 bilik. Mmg sangat selesa la kalau bawa family kat sini. Siap ada kolam renang semua. Bilik pun semua air con. Beh!

So dah lepas rehat-rehat, siap apa sumer, petang tu kami plan gi naik kete kabel. Huhu. Tak sabor makcik. Tapi nanti la ek letak gambor. Kita letak gambo hari kedua dulu, gi Taman Hidupan Liar (Wildlife Park). Memang beh diorang buat tempat ni. Kami pun tak la pikir best sangat tempat ni, takut panas la plak kan dengan budak2 ramai. Tapi tengok mmg bagus la, tak panas pun. Banyak kawasan berbumbung. Mmg ok sangat bawa anak-anak kat sini. Bleh pegang2 dan cium2 sumer binatang. Haha. Buaya? ha, buaya takleh cium.

Kita bleh bagi makan kat haiwan2 kat sini. Makanan kena beli la kat kaunter, rm6 satu plastik. Macam-macam ada…


heppi dapat pisang


en syakir cuba berkomunikasi dengan saudara enggang


kancil-kancil yang jinak


eii aku suka itik2 ini. sangat comel dan gebus


tasneem, aqil dan najla sedang memberi itik2 makan jagung rebus. Haha..belasah la.


en syakir, pendera itik


penulis bersama hubby dan baby widaad berlatarkan burung2 flamingo yang jelita


en amy cuba memperdaya saudara enggang


awak nyer bulu mata macam rozita che wan lah


burung2 yang makan hinggap di tangan


huhu…mereka sangat jinak, comel dan berwarna warni. terpegun widaad tengok.


tasneem dapat sekor. yang lain masih sibuk menghulur tangan.


3 ekor sudah kenyang


hai, rambut awak macam anak kite widaad.


en erwin bersama famili comel beliau


berlatarkan air terjun yang nyaman. Wuuu~


2 ekor itik sesat mencari jalan pulang. en zul sedang merakamkan aksi kesesatan mereka. tu la…gi dating sampai lupa jalan balik.


en mizi sedang menskodeng. kelihatan en amy dan en zul berbincang serius tentang lens masing2


group photo Tinta Creative @ WildLife Park, Langkawi


Kamu hulur, daku patuk!


merak yang mesra


fotografer rakus mendapatkan angle terbaek wok!


aqil memberi arnab2 makan


penyambut tetamu yang bersedia untuk lari bila2 masa pintu terbuka. Haha. Pandai aok yer.


Cuaca cantik, tempat menarik. Beh2.

  • Share/Bookmark

Comments (3)

Assalamualaikum

Nice picture..

uda, nampak slim la..apa tips?hehe

sungguh meriah trip ini, ditambah pula dengan penyertaan aku mmg lebih ceria & diberkati…

beh beh…apatah lagi bila ada org sponsor…hehe..

Write a comment

This site is protected by WP-CopyRightPro