Dari Kerana Mata
Posted by uDA | Posted in Peribadi | Posted on 08-11-2009
4
2-3 hari ini memang fikiran aku kacau.
Teringat abah, aku rindu.
Teringat mak, aku sedih. Naper tah.
Teringat kerja, aku tension.
Teringat cerita lama, aku sakit hati. Kenapa entah, susah benar nak meng-ejas fikiran. Haih!
Sebab pms agaknya. Agaknyaaa la. Entah la. Malas nak fikir tapi fikir jugak. Hmmmmmmmm
Penat ngedit, aku habiskan masa baca blog lama. Sampai password senirik pun lupa suda… haha. Naseb baek masih ingat jawapan bagi soalan cepu mas yang dikemukakan blogger.com. Kalo tak berkubur gitu aje la blog lama. Bila dah baca-baca, rasa sayang plak kat blog lama itew. Banyak betul cerita kat situ, yang mengarut dan tak mengarut. Ye lah, dulu banyak masa nak membelog. Kalau tak hari-hari, 2 kali sehari. Huhu.
Semenjak-menjak aku terjun secara seriusnya ke bidang fotografi, blog tersebut jadi terabai, dan aku pun hijrah ke blog yang baru ini. Membosankan. Kan? Heheh. Aku la cam bosan, takleh mengarut banyak skit. Keje banyak jek.
Ah, yang betulnya, aku mencari entri lama yang aku tulis dulu, masa disahkan doktor, aku ada glaukoma. Err, 4 tahun lepas. 2005. Hoho. Lama suda. Bila mata rasa okay, aku pun hepi, terus-terus malas lupa gi check up kat hospital. Tau la kalau gi hospital tu, gi kul 8 pagi, balik kul 12. So nak jadi cerita, bila baru ni aku terbaca balik artikel pasal glaukoma, baru rasa terhegeh-hegeh nak gi check mata semula. Tau takot. Hihihi.
Pendek cerita, aku jumpa la entri tu. Naseb baek, ada tulis berapa reading pressure mata masa kena tu. 41. Hoho. Sangat tinggi. (Normal : bawah 20). Aku ingat masa tu takleh nak tengok apa-apa, rasa pedih, sakit. Rasa nak nangis gak, sebab rasa macam – ‘isk, mata aku nak buta ke aper nih’.
So, Rabu lepas dah buat check up kali kedua dengan klinik mata UIA Kuantan. Wah~ sangat terkini taw peralatan mereka. Tidak la merasa gerun sangat bila doktor nak amik pressure mata macam kat hospital besar dulu. Alhamdlh, mata sangat chantek okay. Ngehehe. Aku sengih kegirangan bila doktor kata, result mata kamu sangat bagus! Pressure 10-11 aje. Fuuu terbaik wok!
Tapi! kata doktor. Tapi, bahawasanya hendaklah aku sedari bahawa jenis glaukoma pada mataku ini sakitnya akan menyerang bila-bila masa. Sekarang rasa ok, mungkin esok tak ok. Mungkin bulan depan. Mungkin lagi 3-4 tahun. Jadi haruslah berwaspada selalu. 6 bulan sekali kena datang check jugak walaupun tak rasa sakit apa-apa kata doktor. Ye la ye la. Orang gi la nanti.
Ah, beberapa kerja sudah selesai. Lega. Hari ni nak gi kawtim pasal signboard. Yay! nak naik signboard kedai! Nanti kita amik gambo ek.
Bye!
p/s. gambo. tiada kaitan dengan posting di atas.

ibuk2 awek2 malioboro – dua-puloh-persen-diskon


kite pun suka baca blog lama awak. lg umph! kekeke..
Waduh bu….liat fotonya teringat kenangan di Malioboro…..kapan mau ke indo lagi?
kalo ko tak tulis nama culas mmg mati2 aku ingat indon komen blog aku ekekeke
sori… those aweks are not my type… free pun tak mboh…