Recent twitter entries...

  •  

Buku

Posted by uDA | Posted in Keluarga, tasneem&najla | Posted on 12-02-2010

1

Hujung minggu lepas kami ke kedai buku Popular di Summit. Dah lama tak belikan T&N buku-buku baru. Ye lah, baru je lepas berhabis beratus ringgit beli buku sekolah hari tu. huhu.

Dulu masa kecik-kecik, paling saya suka kalau kakak bawa pergi mana-mana pesta buku. Selalunya kami ke pesta buku di UKM, sebab kakak duduk di Bangi. Dekat sangat kalau nak ke UKM. Masa itu borong habis-habisan. Wajib saya cari buku-buku bersiri Enid Blyton, buku-buku tulisan Faridah Lin, Nazel Hashim Mohamed, dan semestinya bila dah besar sikit saya akan cari buku Khadijah Hashim (teringat masa darjah 4, kakak saya bawa khadijah hashim datang rumah, mak saya sanggup minta cikgu benarkan saya balik sekolah awal seolah-olah ada kecemasan di rumah ekekek).

Najla baru-baru ini minta saya belikan sebuah buku cerita baru, tajuknya Sayang Cikgu. Mula-mula saya kata tak boleh (sebab buku tu sebenarnya sesuai untuk budak-budak 9-12 tahun, saya rasalah). Tapi disebabkan dia nak sangat, dan saya fikir, masa saya sebaya Najla dulu pun kakak-kakak dah mula belikan saya macam-macam buku cerita yang tak sesuai dengan umur budak 6 tahun pun. hehe. Lagipun Najla dah menunjukkan peningkatan yang baik dalam pembacaan. Boleh la baca laju sikit walaupun ada sesetengah perkataan yang tak biasa dengar tu merangkak-rangkak mengeja. (Tapi dia still lagi jerit, “ibu! widaad tergulung!” maksudnya – “ibu! widad terguling!” hahaha). Selagi buku-buku yang tidak mengandungi unsur-unsur yang tak elok, saya cuba untuk tak halang anak-anak beli dan baca.

Kelmarin nampak dia cuba baca buku tu, tapi dengar dia mengomel sorang-sorang, “ala..macamana nak sebut ni” -hihi. Harap-harap makin meningkat skill membaca dia.

Tasneem macam biasa, minat dia pada buku-buku art. Sebenarnya dah berlambak buku-buku art kat rumah. Cuma bila dia nak buat apa-apa artwork, kena ada orang dewasa (read=ibu atau abah) kena tolong. Tolong guide dan tolong dapatkan bahan-bahan macam kertas2 tebal la, button atau riben. Adeh, itu yang tak larat nak melayan kadang-kadang. Bila tak jadi dia monyok, hehe.

Saya berazam nak menerapkan budaya membaca pada anak-anak. Biar anak-anak lebih minat baca buku daripada main game, psp ke ps2 ke. Saya risau kadang2 bila ke rumah saudara mara, ada anak-anak mereka yang tak keluar bilik, walau bersalam sekalipun. Alasannya – tengah main game. Yang pelik, ibu bapanya yang beritahu pada kita pulak tu! Kalau macam tu, salah ibu bapa atau salah anak-anak? Alhamdulillah, hubby saya bukan kaki game yang sanggup mengadap game berjam dari tolong isteri buat susu untuk anak. :-)

Saya masa sebaya Najla dan Tasneem, koleksi buku-buku saya sudah bertimbun sampai abah bersusah payah pergi cari orang tukang kat kampung, minta buatkan satu rak khas untuk saya simpan buku-buku. Ada lagi rak tu di kampung. Harap-harap mak tak bercadang nak buang rak tu. Pada saya, itulah surprise yang tak pernah dijangka-jangka dari abah. Sangat nostalgia! Ah, ada gambarnya saya ambil tahun lepas, buat kenang-kenangan.


saja saya snap guna mode b&w. kasi lebih nostalgik! hehehe. mak dah letak rak ni di bilik belakang. sumbat segala barang2 yang masuk kategori -sayang nak buang, tapi simpan tak pakai pun. hehehe

Saya baru beli satu buku tulisan saudara Hasrizal Abd Jamil (yang kami-saya&hubby kenal dgn nama abg guru) yang terkenal dgn buku best seller nya, Aku Terima Nikahnya. Tapi yang saya beli ni buku beliau, Rindu Bau Pohon Tin. Penulisannya seperti di blog beliau. Santai, menarik. Dan yang penting ada mesej yang sampai pada pembaca-saya. Orang lain tak tahulah ekeke..

Biar saya quote dari tulisan beliau, dari Bab 14, Mudahkan Laluan Perubahan Diri yang telah saya highlightkan dalam buku. “maka dalam hidup ini, pada setiap peringkat yang kita berada, jangan sekali-kali kita lakukan perkara yang nantinya menyukarkan diri untuk berubah. Apabila kita sedar yang kita perlu berubah, tetapi kita elakkan diri dari berubah kerana hal-hal silam yang telah kita lakukan, maka kita akan mula tidak jujur pada diri sendiri. Kita tetap berubah, tetapi kepada menjadi seorang penipu dan pengkhianat kepada diri sendiri”

okey, selamat berhujung minggu. :-)

p/s : Gambar-gambar terbaru anak-anak


tasneem dan najla. sesi photoshoot untuk buat signboard ofis/studio/gallery kami di Kuantan. kena paksa senyum. hihihi


“ibu, dah ke belum. ibu tau tak kakak lenguh sangat dah ni”. hihihihi


widaad the explorer. kalau kat ofis ni memang ada byk tempat dia nak explore. sikit lagi nanti boleh dah celup tangan dalam aquarium. abeh laa… *sila abaikan pemandangan bingkai putih yang dah ilang satu kat dinding belakang tu, sepuluh kali jatuh dah tu sampai malas nak gantung balik ekeke*


widaad dgn kakak aneem. pandai-pandai la cari hiburan seniri sementara tunggu ibu habis kerja. hihi. tasneem dah gonjeng rambutnye saya potong, rimas rambut panjang2 pakai tudung gi sekolah. huhu. widaad tu dah makin menjadi-jadi lasaknya. tunggu masa boleh berjalan je. skarang dah sibuk berdiri paut sana sini macam dah besar sgt, padahal baru 7 bulan. haritu dah jatuh 2 kali berdarah kat dagu.

  • Share/Bookmark

hai!

Posted by uDA | Posted in Am | Posted on 05-02-2010

1

lamanya tak update kan. huhu.

saya sangat sibuk. ada banyak album nak submit before end of this month. rasa macam 24 jam dah tak cukup dah! stay up dengan kopi kapal api *huhu. dengar2 kopi 434 muar lagi best yeh?* sampai 5 pagi pun tak siap-siap lagi. haih..penat betul.

seperti yang diwar-warkan dalam entri sebelum ini, UIA kuantan akan menganjurkan satu seminar asas fotografi. sangat berbaloi untuk sesiapa yang ingin belajar perkara-perkara asas tentang fotografi, dari segi teknikal camera dan juga teknik komposisi gambar. dan pertama kali juga saya dijemput untuk berkongsi ilmu fotografi dengan ramai orang. hoho…teruja dan seram sejuk jua. kekeke. dah lama tak mengajar sejak2 masa kerja dulu dok bagi kursus kat infra bangi. seminar kali ini juga akan disertai 25 orang fasilitator dari kalangan fotografer-fotografer yang hebat-hebat. jadi, sangat rugi jika anda lepaskan peluang ini. cuma rm20 sahaja, siap makan dan sijil penyertaan.

lepas habis seminar nanti, petang tu kami (fasilitator) ada outing & camping ke air terjun pelangi dekat sungai lembing. yeyeyey dah lama tak gi camping! tak sabor sungguh! nak masuk ke kawasan air terjun tu, kena naik lori ramai2 taw…sangat beh! hikhik. kenapa namanya air terjun pelangi? ahah, sebab waktu awal2 pagi, jika cuaca cantik, matahari memancar, akan nampak banyak pelangi dekat air terjun tu. dengar orang kata, mmg cantik sangat lah. so, harap2 ada rezeki kami shoot pelangi cantek2 nanti. cuma part nak redah sungai tu nanti ada sikit cuak. bukan cuak apa, takut beg dan camera masuk air. huhu… nanti yer, saya letak gambar banyak2.

ok, nanti apdet lagi. nak siapkan kerja!

amy search : suatu masa. terbaek! *amik mood nak tunggu bulan depan. hihihi…

  • Share/Bookmark
This site is protected by WP-CopyRightPro