- ibu, dulu masa ibu kecik-kecik, nek timah belikan ibu buku ke
- nek timah tak beli, mak ngah gombak yang selalu belikan
- mak ngah gombak? kenapa nek timah tak beli
- nek timah tak pandai gi jalan2 kedai buku
- oo mak ngah gombak tu pandai la pegi kedai buku masa ibu kecik?
- aah. masa ibu kecik,mak ngah gombak dah besar. dah keje. ada duit. boleh la belikan buku banyak
- ada banyak buku?
- ya, banyak
- ibu pandai ke baca buku masa ibu kecik macam adik?
- ya, pandai. banyak buku ibu baca. ibu tak tengok katun jek.
- wah, yeke ibu? ibu hebat!
- ya, ibu memang hebat! *thehehehe :8D
*mak ngah gombak – kakak sulung saya
* adik = najla. masih kekok membiasakan dirinya sbg kakak najla. jgn panggil kak ngah, nanti dia ngamuk. haha

Qaireen Widaad. Masa 3 bulan. 4 bulan belum shoot lagi huhu
Kompak atau DSLR?
Posted by uDA | Posted in Am, Foto | Posted on 26-10-2009
3
(update)
Ada beberapa orang kawan2 yang tanya pada saya sebelum ni, kamera DSLR apa yg ok nak beli?
Sebelum menjawab soalan ini, ada beberapa soalan yang perlu saya tanya.
Kenapa nak beli DSLR, dan bajet berapa?
- sebab konfem gambo lawa punyer
- sebab macam bes je tengok orang len bawak kamera besor2. hehe…
- bajet tak lebih 2 ribu la
kata saya :
1. Kamera DSLR tidak menjanjikan gambar yang cantik, jika anda tidak belajar menggunakannya. Belajar maksudnya dari segi teknikal kamera dan juga teknikal komposisi gambar. Anda perlu ambil tahu, apa fungsi ISO, aperture, shutter speed, white balance, ev, metering dan apa itu Rules of Third, Depth of Field, bokeh, dan sebagainya.
2. DSLR memerlukan penjagaan yang lebih rapi berbanding kamera kompak. Ia sebaik-baik di simpan dalam dry box (bukan dibiarkan dalam beg) untuk mengelakkan dari dijangkiti fungus. Lens yang telah dijangkiti fungus, walaupun telah diservis semula, kualitinya tidak akan sama dengan sebelumnya. Sapa nak beli drybox boleh contact saya yer, saya jual drybox Cube, pelbagai size dengan 5 tahun warranty. hehehe
3. Jika anda mempunyai bajet 2 ribu ke bawah, dan tak berniat untuk expand lagi bajet ini untuk kamera, adalah digalakkan beli kamera kompak sahaja. Untuk pengetahuan, kamera dslr memerlukan lens yang berlainan jenis utk mendapatkan hasil yang benar2 menarik. Sebagai contoh, utk potret, lens yang bagus adalah 50mm. Untuk subjek yang jauh, dan bokeh yang cantik, mesti gunakan telefoto lens (lens yg panjang2 tu). Manakala utk landscape, atau untuk gambar di kawasan yang sempit dan terhad, elok gunakan wide-lens. Untuk gambar macro (nak close up subjek kecik2 mcm spider, bunga2 kecik, dsb) kena ada lens macro. Ada juga lens2 middle range yang boleh digunakan secara general seperti lens 17-50mm. Lens yang anda dapat sekali dengan body kamera dslr dipanggil kit lens. Kit lens mudah digunakan di mana-mana, tapi hasilnya tak secantik lens yang betul-betul dedicated, dan hasil bokehnya juga kurang menarik. Kebanyakan lens harganya 1K ke atas. Kecuali 50mm, murah je hehe.
4. Speed light atau flash. Flash adalah antara gajet penting terutamanya untuk shooting indoor. Flash built in pada body DSLR tak mencukupi untuk dapatkan gambar yang menarik. Harga flash adalah 1K ke atas.
5. Khusus untuk kaum ibu, DSLR agak leceh untuk di bawa ke mana-mana memandangkan sizenya yang agak besar dan perlu beg khusus untuk di bawa. Ada kawan saya yang baru beli DSLR dan merungut, mana nak bawa beg kamera lagi, nak bawa beg anak lagi. Last2 kamera tu asik simpan kat rumah je. TAPI, kalau anda mmg benar2 berminat untuk belajar fotografi dan tak kisah nak angkut beg kamera tu ke mana-mana, adalah disyorkan beli DSLR. Lagi best kalau husband pun suka fotografi. Boleh suruh dia bawakkan beg kamera kan? hikhik
Baik, berbalik pada soalan di atas tadi, kenapa nak beli DSLR? jika jawapan anda :
- saya memang betul-betul minat dan nak belajar tentang fotografi
- 3-4 ribu @ tak kisah
maka, elok lah beli DSLR (jangan tanya dulu Nikon elok ke, Canon elok ke, Olympus ke, Fuji ke, tu dah bab lain, muehehe). Kita yang nak sajes beli kamera apa pun, senang skit nak bagi option. hehe
Saya tulis ni bukan apa. Sebab ada kawan yang dah beli dslr, merungut-rungut. ‘Naper gambo tak lawa’. ‘Naper gambo saya takde blur-blur kat belakang tu’. ‘Naper gambo saya gelap’. ‘Naper gambo tak sharp ek?’ Pastu, ‘leceh la nak bawak. besar sgt, tak muat handbag’. Last punya ayat, ‘nyesal la beli, susah nak guna…’ Huhu…
Jadi begitulah, kalau rasa suka-suka je nak beli dslr sebab syok tengok orang bawak ala-ala fotografer gitu kan, hehe… dan bajet pun kecik, maka disyorkan beli kamera kompak sahaja. Dan untuk pengetahuan, kamera kompak pun boleh menghasilkan gambar yang cantik dan menarik. Yang penting, anda perlu tahu bagaimana nak mengoptimakan penggunaannya. Kalau guna DSLR pun, still guna mode auto, sama je la macam guna kamera kompak, takde bezanya. Kalau guna dslr, mesti kena belajar teknikalnya. Kalau tak, rugi je beli ribu riban, gambar tak menjadi.

Ni contoh gambar saya shoot dengan kamera kompak kesayangan saya, sony T9. Masa beli dulu harganya rm1.2k. Amik dari fotopages lama jek, gambo asal mana tah letak huhu. Dengan kamera tu la dulu saya blajar2 tentang teknikal composition gambar. Ada bokeh dan DOF jugak kan. ha, sapa kata kompak tak boleh ada bokeh? ngehehe….
Bagi yang memang dah decide nak beli DSLR, dapatkan pandangan kawan-kawan yang arif, terutamanya fotografer supaya anda tak silap membeli dan boleh buat pilihan terbaik. :)
Ya, benar katamu Kui. Kalau dah mimpi-mimpi, tengah keje pun bleh mimpi nak beli DSLR… beli aje lah. Dah beli sok pandei-pandei la blaja. Kalo dah hari-hari merengek-rengek nak beli DSLR, sampai ugut laki terjun sungai, sapa tahan kan. Hohoho….
Harap-harap tulisan ini membantu.
Bye~
Hari Jadi
Posted by uDA | Posted in Foto, Keluarga, Peribadi, Ulangtahun | Posted on 22-10-2009
7
Hari ini, 22 Oktober. Hari jadi saya. Sila-sila, ucapkan selamat panjang umur. thehehe.
Sudah 31 tahun. Belum tua dan bukan muda lagi. Tapi seharusnya sentiasa berjiwa besar dan berhati waja. kan?
Anak-anak sudah bagi hadiah sebelum pegi sekolah tadi. Sebuah pencil case KUKUMALU berwarna hijau pucuk pisang. eceh, ni nak kasi ibu ke korang akan tuntut semula ni? Oh ya, bersama-sama sekeping kad ucapan yang comel. Lupa plak nak snap gambo pagi tadi. Harap-harap balik rumah kang ada hadiah seperais, sebuah kereta bi-em-dabel-u baru. Ni yang berdebor ni. ha ha ha
Gambo raya. Bersama hubbyku terchenta. tak aci, kaler maroon. Orang soh kaler pink.

Otak rasa macam nak jem. Ada banyak gambar nak edit. Lepas deliver haritu, kerja dah bertindan-tindan…adey dey~
Adakah anda seorang pereka grafik dan berkebolehan membuat suntingan gambar dengan baik? sila hantarkan resume dan sample artwork pada saya. huhu
Ni dah lama tak shoot wedding. Baru ni ada shooting kat Sijangkang, Banting. Sangat enjoy~ :-D


