Recent twitter entries...

  •  

Perginya abah

Posted by uDA | Posted in Peribadi | Posted on 31-08-2009

19

salam

maaf lama tak update. masih mencari mood untuk menulis.

Ada kawan-kawan yg dah tahu tentang berita pemergian abah saya ke rahmatullah pada 16 ogos lepas. terima kasih banyak-banyak atas kiriman sms, mesej di facebook dan lain2.

13 ogos lepas, hari khamis, anak buah saya telefon, bagitau yang atuknya jatuh dalam bilik air. dengan mak sekali jatuh sebab mak tolong papah abah yang dah tak larat nak bangun sebab dah demam 2-3 hari. Lepas jatuh tu, abah bleeding pula masa buang air. Abg kamil (abg saya) terus panggil ambulans, bawa abah ke hospital.

kat hospital, doktor bagitau gula abah tinggi sangat, sampai takde reading dah. kat record tu, tulis high je. pastu bleeding disebabkan ada ulser pada usus. so abah kena warded.

saya dgn hubby balik kampung esoknya, hari jumaat tu. bawa widaad je, sebab melaka punya kes h1n1 teruk, takut nak bawak budak2 balik. tu pun mak kat melaka tak kasi bawak widaad. tapi susah la plak nak tinggal dia kecik lagi. kami sampai melaka tengahari, terus pergi tengok abah kat hospital. mak dengan anak2 buah ada tunggu abah kat hospital. nampak lemah je abah. tapi dia sedar bila kami sampai. saya tengok reading gula abah dah turun byk jugak compare hari sebelum. cuma doktor nak masukkan kamera utk check ulser kat usus abah serius atau tak.

kami tak lama kat hospital sbb nurse2 suruh bawa balik baby cepat. bahaya kat hospital lama-lama. tu pun pelik gak sebab widaad boleh lepas naik sebab kanak-kanak bawah 12 tahun patutnya tak boleh masuk hospital kalau bukan sbb nak dapatkan rawatan. saya dgn hubby pun tak lama situ. nak tunggu doktor datang pun tak sempat, nak tanya pasal abah. cuma sempat tanya pada nurse je apa treatment yg diorang tgh buat.

malam tu kak wa dari ipoh sampai naik bas. abg din suami dia tak dpt balik sekali sebab ada kerja. kakak-kakak lain di KL dah balik hari khamis masa abah masuk hospital. so hari sabtu diorang akan balik melaka semula. saya dengan hubby plan, kalau abah makin sihat esoknya, kami akan balik kuantan dulu sebab hari ahad ada shooting wedding last sebelum puasa.

jadi pagi sabtu tu, kami ke hospital. dengan mak dan kak wa sekali. sampai di hospital, saya minta mak dengan kak wa jagakan widaad dulu dalam kereta sementara saya dgn hubby jumpa abah sebelum balik. masa sampai wad, abah tengah tidur. saya dengan hubby check record bacaan gula. dah turun 12. alhamdulillah. rasa syukur sbb abah makin pulih. abah bangun bila dengar suara kami. nampak makin sihat dan segar. kata abah, doktor kata kalau tak ada apa-apa hari isnin abah boleh keluar dah. abah punya usus pun tak serius sangat, makan ubat nanti insyaallah boleh baik, kata doktor. kami pun rasa lega. saya pesan kat abah, lepas ni abah tak boleh minum air manis-manis dah. kena minum air suam selalu. nasi pun tak boleh makan beras biasa. kena makan beras tajmahal tu. kena rehat-rehat dulu. ye lah, abah pantang makan lepas ni. kata abah.

tak lama, saya dengan hubby minta diri nak balik kuantan. saya cium tangan abah. tak sangka, rupanya itulah kali terakhir saya cium tangan abah.

ketika dalam perjalanan balik kuantan, kak wa sms, ‘gula abah dah turun normal, 6. abah boleh keluar hari isnin’. alhamdulillah, rasa syukur banyak2. risau bila abah sakit, emak pun nampak sangat susah hatinya. itupun nasib baik masa jatuh haritu, lutut mak tak apa-apa. sebab mak memang sakit lutut dah lama. sekejap baik, sekejap sakit semula.

kami sampai kuantan lebih kurang pukul 5 petang. entah kenapa hati saya rasa tak sedap aje. teringat-ingat abah, teringat mak.

awal pagi lebih kurang pukul 4 pagi, saya bangun menyusukan widaad. kemudian dalam pukul 4.15 saya dengar telefon saya di ruang tamu berbunyi. ntah kenapa saya tak terus pergi angkat. saya terkebil-kebil sorang-sorang dalam bilik dengan jantung saya berdegup kencangnya. dalam hati saya kata, mimpi ke bunyi telefon tu? tak mimpi, mmg telefon berbunyi. tak ada orang akan call pagi2 macam tu kalau bukan berita yang mengejutkan.

saya dapatkan henfon, saya tengok ada miss call number kak wa. tangan saya menggigil, rasa seram sejuk. sebaik panggilan dijawab, terdengarlah suara kak wa sambil teresak-esak, “uda, abah kita dah tak ada. abah dah tak ada”

Allah…

Allah…

benarlah, berita yang ditakutkan akhirnya diterima juga.

Innalillahiwainnailaihiraji’un…

rasa tak berdaya saya nak kejutkan hubby. rasa longlai dan lemah seluruh anggota. rasa baru sesaat tadi saya cium tangan abah. sekarang abah dah tak ada. Allah, semacam tak percaya.

kami bertolak balik selepas subuh dan sampai di Melaka pukul 11 pagi.

tak ada perkataan yang boleh menggambarkan perasaan bila saya kucup dahi abah yang sejuk. wajahnya tenang dan bersih seolah-olah sedang tidur. Allah…abah dah tiada.

Kesian tengok mak. Kalau kami anak-anak ni rasa sedih, apa lagi mak yang dah hidup lebih 50 tahun dengan abah. Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan untuk mak.

jenazah abah selamat disemadikan selepas asar. alhamdulillah, semua berjalan lancar. ramai sungguh orang datang berziarah, sehinggakan waktu solat jenazah pun, jemaah membanjiri hingga penuh ruang masjid.

hujan turun renyai-renyai dan cuaca yang panas bertukar redup ketika jenazah abah dibawa turun dari masjid untuk dikebumikan. kami anak-anak perempuan cuma lihat dari jauh. untungnya abg kamil dapat menyempurnakan tanggungjawab buat kali terakhir, menyambut jenazah abah di liang lahad. dialah pun yang bersusah payah menjaga abah tiap-tiap malam di hospital sehingga malam abah pergi, dia seorang jugalah yang ada di sisi abah. yang sedihnya, abah meninggal betul-betul pada harijadi abang kamil, 16 ogos.

begitulah yang telah tersurat. qada’ dan qadarnya. waktu hidup dan matinya kita di tanganNya.

abah telah menyempurnakan tanggungjawabnya pada kami anak-anaknya. sekarang sampai masa kami pula meneruskan tanggungjawab sebagai anak-anak, mendoakan kesejahteraannya di sana. sepanjang hidup saya hampir 31 tahun ini, abah telah memberikan contoh yang baik sebagai seorang hamba Allah, sebagai ayah, sebagai abang, sebagai adik, dan sebagai ahli masyarakat. abah orang yang tak banyak cakap, pemurah, bertanggungjawab dan tak suka berhutang. abah juga bukan orang yg pemarah, jauh sekali merotan walaupun kadang-kadang pada buku rekod sekolah saya ada markah yang warna merah. paling-paling tidak pun dia akan cakap, ‘lain kali jangan ada merah’. abah juga dikenali sebagai orang yang sangat dekat dengan al-quran. pernah mewakili melaka sebagai qari, dan sehingga akhir hayatnya abah menghabiskan masa-masa terluang dengan mengaji di kubur. sudah berpuluh tahun, waktu bulan ramadhan juga seisi kampung sudah sebati dengan suara abah yang akan mengaji waktu sebelum subuh di corong masjid dan juga melaungkan azan.

kini tak akan kami dengar lagi suara abah. sudah pasti akan merinduinya.

kata kak wa, selepas saya tinggalkan abah di wad tempoh hari, rupanya abah menangis teresak-esak. bila ditanya, katanya tak ada apa-apa, rasa sedih aje. kak wa dan mak pun rasa pelik sebab abah tak pernah macam tu. memang seumur hidup saya pun tak pernah tengok abah menangis. malam tu pula kata abang kamil, masa mak nak balik, abah gelisah macam tak kasi mak pergi. sekejap-sekejap pusing kanan, pusing kiri. bila mak balik, abah siap bangun, tengok mak pergi sampai hilang dari pandangan.

kata mak pula, pada hari terakhir abah di hospital haritu, abah sempat bisik pada emak, dia sayang semua anak-anaknya.

abah meninggalkan kami pada umur 78 tahun. semoga roh abah tenang di sisi Allah. saya percaya, abah antara orang-orang bertuah yang dipilih Allah untuk bersama-samaNya menyambut kedatangan bulan yang sangat mulia ini. abah adalah abah yang terbaik buat kami, dan kami  sangat berbangga menjadi anak-anaknya.

wallahu’alam.

Al Fatihah…

p/s. saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak pada klien yang masih bersabar menunggu album masing-masing. dengan sekian banyak hal yang berlaku, saya ucapkan terima kasih kerana memahami, dan saya berusaha menyiapkan semuanya sebelum hari raya nanti. insyaallah.

  • Share/Bookmark

Kembali Bertugas

Posted by uDA | Posted in Aktiviti, Am, Foto, Keluarga, Kerja | Posted on 07-08-2009

13

Salam semua.

Banyaknya sawang. Blog sapa la ni hehehe.

Saya dah habis berpantang *hoyey*. Esok akan mula kembali mengangkut kamera ke hulu ke hilir, bertugas *adey*. Badan masih penat sebenarnya tapi dah tak ada orang bley cover dah, huhu. Dengan virus selsema vavi yang semakin menular dengan hebatnya sekarang, saya rasa keberatan sungguh nak pergi majlis kenduri. Kalau amik gambar sambil pakai mask tu bley tak? mata tak tutup takpe la kan..aaa..  hehehe… Ini pun badan baru baik demam. Masa buat kenduri cukur jambul Widaad minggu lepas, kena demam 2-3 hari. Risau gak la, tapi alhamdulillah demam biasa. Tapi sekarang makin kita takut, makin menjadi-jadi plak kes demam, kan? huhu… Doa-doa keluarga dan orang-orang keliling kita dijauhkan penyakit.

Ahah, pejabat Tinta Creative telah pun berpindah *hoyey*. Ya, akhirnyaaa…tidak akan ku menjerit lagi dalam cc kat bawah opis lama tu. Suka la budak-budak tu takde orang nak terajang *pergh, trajang* beskal-beskal diorang.  Katakan tidak juga kepada bunyi bising mat-mat rempit pada petang hari. huhu. Cuma dah susah la nak makan beger banjir yang sedap kat Sg Isap tu.

Ah, pejabat kami telah berpindah ke Indera Mahkota 16. Jalan Bypass Kuantan-Tganu, sederet dengan Shell kat bypass tu. Jadi, no telefon pejabat tak ada lagi buat masa sekarang. Kemudahan internet pun sangat terhad. Tapi apa-apa hal berkaitan pakej fotografi, boleh email ke admin@tintacreative.com.

Saya minta maaf pada klien-klien yang sabar menunggu album. Ada yang dah siap, saya akan courier secepat mungkin. Saya dah mula masuk ofis minggu depan, dan menyambung semua kerja-kerja editing yang tertangguh. Itupun ada yang dah sempat siap masa pantang haritu. Faham-faham la lepas bersalin, badan sangat letih. Nak jaga si kenit tu, nak jaga badan sendiri lagi. Maklum la berpantang seniri, pagi-pagi kena siap2 mandikan baby, dah siap dia nak berubat badan kita plak. Letih beb. Sapa beranak, tau la kan. Ngehehe. emo emo. Sib baik encik hubby sangat banyak membantu. Kalau tak, mao makcik nangeh tepuk-tepuk dada sensorang mengenang naseb diri. hohoho

Ini Widaad masa dua puloh hari. Gambar dia masa cukur jambul tak sempat belek lagi. Gambo tak banyak mana, demam kan.

Ok prens, chowchinnnchowwwwyuenfatttt~

widaadduapulohhari

  • Share/Bookmark
This site is protected by WP-CopyRightPro