Recent twitter entries...

  •  

Tiada Tajuk Khusus

Posted by uDA | Posted in Uncategorized | Posted on 20-05-2009

2

Tiba-tiba ada bunyi kucing mengiau dalam kete masa hantar T&N gi sekolah pagi ni. Saya dengan hubby pandang sesama sendiri. Setahu saya tak ada pun kami tukar bunyi nada dering telefon pada bunyi meow meow anak kucing tu. Mungkin bunyi anak kucing kat luar, sebab bunyi tu kami dengar masa tengah berhenti kat simpang depan. Tapi bila jalan terus bunyi meow meow tu ada jugak. hahah. Kami berhenti tepi jalan. Saheh, anak kucing comel kaler oren tengah bertenggek atas bateri kereta. Sib baik tak tergolek kat tayar dan tak pasal-pasal kena gelek pagi-pagi Rabu nih. T&N sangat pelik macamana anak kucing boleh ada dalam bonet kereta.

Pagi ini makan nasi kerabu sedap kat restoran baru, dekat dengan bakal opis baru kami di IM16. *oit TNB, cepat la pasang kabel!*. Lepas makan nasi kerabu, makan roti bun yang dibakar dengan mentega dan kaya yang lazat. Hahah. Dasat betul selera makan sekarang ni. Dulu nak habis sepinggan nasi kerabu pepagi buta memang payah. Sekarang lepas nasi sepinggan bleh order roti plak. Semalam petang pun layan beriyani. Lepas habis sepinggan, rasa nak makan roti nan tandoori. ngehhhhh…tapi segan nak order. Kang hubby malu kat orang meja sebelah. Bior betik bini orang ni makan ke mentekedarah. hihihi. Jadi ku pendam saja akan hasrat tersebut. (Petang ni rasa nak gi makan mi calong ngan karipap panas enampulohsensebijik kat taman gelora. Nak minum air kelapa jugak. hihihi)

Takde mende nak citer benornya. Nak warm up je, kasi ada mood mengedit gambo. isk isk. Kepala berat sokmo.

Haaa korang baca tak kosmo semalam pasal bebudak pelesit kat permatang badak tu yang lompat pagar sekolah pastu gi merempit dgn muka berconteng2 tu. Itu la spisis2 bebudak yang selalu melepak kat cc bawah dan merempit kat jalan depan kedai kami ni petang-petang. Budak-budak ni mmg banyak kes, terutamanya aktiviti hidu gam yang sangat giat kat dalam kedai kosong blok depan ni. Harap-harap polis cargas sket la tangkap budak-budak tersebut.

ok. kerja time.

p/s: seperti biasa, gambo di bawah tiada kaitan dengan cerita di atas.


“lihatlah anakku, ketika engkau 5 bulan dalam perut ibu, ibu masih begitu gigih bekerja mencari rejeki.” *ahaks. uda-poyo*

  • Share/Bookmark

Bebel

Posted by uDA | Posted in Am | Posted on 18-05-2009

4

Sedih betul la kalau gi check-up ibu mengandung kat klinik desa sini. Bukan sedih tahap nangis la. Tapi sedih la…pasal fasiliti macam kelas negara dunia ketiga.

Bukannya kerajaan tak ada duit nak sediakan tempat yang selesa sikit. Ok la kalau sewa rumah pun (macam yang skarang ni). Tapi kut ya pun, bagi la rumah dengan kemudahan yang selesa. Ini dah la time panas terik camni, lagi-lagi waktu tengahari, dengan suis kipas rosak la… sian tau tengok budak-budak kecik, lagi-lagi yang baby tu, menangis secara berjemaah kat tempat menunggu tu sebab panas amat dan tak selesa. Yang mak bapak ni jangan cakap la, panas dalam satu hal, berpeluh sakan lagi…menunggu lama lagi satu hal.

Bilik rawatan pun sempit kemain. Agak-agak muat perut je nak lalu. Situ la katil nak baring, situ la ada rak-rak ubat, situ jugak la nak letak dokumen bagai. Allah…sedey la tengok. Sian gak kat jururawat-jururawat desa tu. Kasi la tempat kerja yang selesa sikit. Apa sangat la pasangkan air-con kat tiap2 bilik dengan tempat menunggu tu kalo nak banding duit komisyen bilion2 beli kapal selam.

Orang-orang kampung pun bayor tax apa.

Tu satu pasal fasiliti. Pastu pasal mentaliti dan servis pun satu hal.

Ada sekali aku sibuk sangat shooting sana-sini outstation, maka dengan jayanyalah aku tak gi check up kat klinik desa. Pasal dah terlepas tarikh temujanji, jadi aku gi check kat hosp private. Bukannya tak gi check lansung kan. Dah la telepon member bebel-bebel, bila kita datang klinik, bleh kuor ayat, “aok lenkali jangan tak datang check-up la. aok nyusahkan saya nak telepon-telepon aok pulok. ni buku aok pun saya nak tulih mende. kang apa-apa hal kalo anak aok mati ke dalam perut, saya yang nak kena menjawab pulok”

Poppaleh weh…ayat. main kasar nampak. Sebut mati-mati plak. Bukan rasa nak sekeh je, dah tahap nak melibas dah. Sib baik makcik tahan telinga lagi dengor. Sabor je la…diorang panas sangat kot keje situ. Kalo letak air con best skit mesti hati sejuk jek hati nak keje. Aku rasa la.

Pastu kekadang orang punya la ramai tunggu berpanas-panasan nih, makcik2 jururawat bleh gi layan goreng pisang beramai-ramai kat dapur. Hangin la kita tengok. Kasi setel keje dulu la beb, baru la bleh makan goreng pisang ke, ayam goreng ke, pulut panggang ke, kambing panggang ke.

Ok. itu saja bebelan kali ini. Sib baik keje banyak ni, kalo tak lagiĀ  panjang ni. mueheheh…

aok=awak (stail orang pahang. bukan aok=aril af7 ye tuan-tuan dan puan-puan)

Gambar di bawah ini tiada kaitan dengan cerita di atas. :-D

Job wedding terakhir. Terakhir sebelum besalin la hehe… Nur Akmar & Dr.Amir Fursan, Ampang. Gambar diorang ada lagi kat sini kalau mahu lihat.

  • Share/Bookmark

Deng!

Posted by uDA | Posted in Am | Posted on 14-05-2009

8

Di saat ini, aku merasakan tekanan tahap maksima. huhuhu. Tensen gua tensen!

Mari menulis untuk meredakan ketegangan. Ngeee…

Ada beberapa minggu jek lagi sebelum deliver. Dan ada banyak sangat benda nak kena setel sebelum berhibernasi melalui tempoh berpantang *ohhh…daku tidak rela~*. Rumah nak kena pindah dalam seminggu dua lagi ni. Apa yang penting, kerjaaasama! tempat yang selesa untuk confinement period nanti. Aku tak suka stress masa pantang sebab nanti aku rasa serik nak beranak lagi. hahaha.

Semalam gi cari katil baru, n ushar2 perabot lain. Alih2 bekenan kat katil budak2 plak. Rezeki T&N la. Payah btul la kalu dah terbiasa gi ikea ni. cewah. hiks. Payah btul nak bekenan perabot lain. Ada yg bekenan melampau2 plak harga. Baik aku sewa lori angkut barang kat ikea. hahah. Ada satu katil tu ala2 design ikea dah, tapi bleh cina tu kata, oo ini design outdated punya, baik amik yang ini (sambil menunjuk pada aku satu katil yang ada paku2 emas kat kepala katil. ew~). Sah2 apek ni tak penah gi ikea. Sekeh kang?. Aku nak mintak ikea bukak satu cawangan east coast malaysia ar. Bior aku jadik manager. Tak jual perabot takpe, yang penting ada karipap dengan eskrem ikea. muahahaha >;-P

Ofis pun nak kena pindah gak ni. Duit deposit dah bayar untuk 2 bulan, CF pun dah setel, air dah masuk, tapi TNB punya la lembab tahap gaban nak tarik kabel ke kedai tu. Grrrr….kalu tak, setel dah satu hal angkut mengangkut ni. Aku dah menyampah dah nak mengamuk kat bebudak pendek akal kat bawah ni yang selalu letak beskal berterabur depan pintu, pastu sepah2 tin minuman, dengan puntung rokoknya, plastik roti la haper la. Dah nampak tak kretip dah opis aku, tapi nama Tinta Kretip. hahaha. apa kes?

Mujur gak tak dapat hypertension masa mengandung ni.

Album-album klien pun tengah beratur menunggu giliran. huhu. Dengan mood dan keupayaan tubuh badan yang sudah makin tak menentu ni, semestinya gue stress deh!

Alangkah enaknya kalau dapat bersantai-santai aja depan tv menonton The Biggest Loser back to back, atau Dirty Jobs With Mike Rowe back to back, atau pun Oprah, sambil mengurut kaki dengan pengurut OSIM yang baru kami beli seken hen tu. huhu. Alangkah~

udah le, sambung kerja makcik!

iyer…gambo jamban kat blakang rumah kat kampung. apa kaitan dengan entri ni? ha, lu pikir la seniri! *hikhik. Bye

  • Share/Bookmark

Selamat Hari Ibu ;-)

Posted by uDA | Posted in Am | Posted on 11-05-2009

3

Eheh…lambat sehari.

Nak buat entri hari Ahad tapi penat lagi baru habis shooting. Hari ni pun seharian baring lagi, penat tak hilang. Dah sampai limit dah makcik pegang kamera nampaknya. *eceh…yo yo la*.

Dari minggu lepas, Jumaat, Sabtu, Ahad di Besut. Selasa ada orang nikah kat KL plak. Pastu balik semula Kuantan. Jumaat petang gi KL balik, pasal hari Sabtunya ada majlis resepsi. Dan semalam balik Kuantan semula. Alhamdulillah, semua dah setel, tapi penat tak terkata. Ada orang yang melahirkan perasaan ngeri tengok perut dah besor dok angkut lagi kamera besor2 muehehehe.

Syok tengok muka si Aina, pengantin kat Besut yang tekejut badak tengok fotografer dia perut besor. “Ya Allah! kak uda pregnant ke???” kakakaaa…cuak member. Risau la tu orang takleh amik angle dia yang best-best. ;-P

Minggu depan pula kena ke KL lagi dan balik Melaka kali terakhir sebelum bersalin. Jangan terbesalin tengah jalan udah le makcik nih.

Ok, selamat hari ibu untuk diri sendiri dan semua ibu-ibu atau bakal ibu yang membaca blog ini.

Tahun ini gue akan menjadi ibu beranak tiga deh! huhu!


maternity shoot kat kuala besut. popaleh~

Bye.

*gambo baru ada update kat sini. Silalah~

  • Share/Bookmark

Kesibukan & Kepenatan

Posted by uDA | Posted in Am | Posted on 04-05-2009

1

Baru balik dari Besut, Terengganu. Penat weh!

Sebab penat dan sibuk, maka tak sempat nak cerita apa-apa. hihi. Nanti ek. Bye


Masjid Terapung di K.T.

  • Share/Bookmark
This site is protected by WP-CopyRightPro