Recent twitter entries...

  •  

SEARCH Di Awan Biru

Posted by uDA | Posted in Am | Posted on 28-04-2009

0

Huuu…. Search Di Awan Biru concert tour dah nak start. Kat Pahang 16 Mei. Huuu….macam la bleh pegi. Ada kena hambat ngan laki kang ekeke…

Ke ada sesapa bley bagi pas fotografer pada gue? ngehhngehngehh *kuar tanduks*. Nampak sangat nak menyelam pastu minum 4-5 gelen air.  Bior betik nak gi nengok konsert rock dengan perut penuh ni makcik weh?

Makanya pada hari yang berbahagia ini, layan youtube aje lah ye tuan-tuan dan puan-puan. Konsert Unplugged Search Gema di Timur Jauh. Entah tahun 95 dulu kot. Layan gila konsert ni dulu. Jadinya, marilah mengedit gambor sambil menyanyi-nyanyi sikit, dengan harapan hujan akan turun dgn lebat, mengurangkan kadar kepanasan di luar sana. (tapi hujan tak turun2. apakah maknanye? hikhik)

ok, saja jek melayan blog pakcik sorang ni. pheewittt!

  • Share/Bookmark

Monday Blues

Posted by uDA | Posted in Aktiviti, Foto, Kerja | Posted on 27-04-2009

0

Takleh blues-bluesnyer hari ni. Kerja berlambak! huhu~

Hari Jumaat dan Sabtu kami sibuk shoot konvo. Hari Ahad pula setelkan slot last promo outdoor untuk bulan April. Minta maaf banyak-banyak pada yang tak dapat promo tu. Slot sangat terhad. InsyaAllah lain kali kami buat promo lain pulak okay?

Weekend ni saya ke Setiu, Tganu. Musim kenduri kawen telah bermula~ yihaa! Ada sesapa orang Tganu nak jemput datang umah makan kepok lekor? thehhehehe…

Okay, selamat bekerja kawan-kawan!


kaki siapakah? hoho. Sila lihat di sini. :-D

p/s: ada member suh tolong war-warkan, ada vacancy untuk jawatan lecturer dengan kerajaan Brunei. Sapa berminat bleh apply kat http://www.spa.gov.bn

  • Share/Bookmark

Marahnyes!

Posted by uDA | Posted in Am | Posted on 23-04-2009

3

Ni kali ke 4 kut aku jerit sambil cekak pinggang dengan ganasnya dalam cc bawah ni cari budak2 yang dok parking motor dengan basikal macam orang tak ada otak nak pikir. Bleh sesuka hati letak motor dengan basikal depan pintu kedai orang, dah kita nak keluar macamana? budus! bila orang tolak beskal2 ngan motor tu jatuh terlambak tau plak marah. Merempit pandai sangat, benda paling mudah, parking beskal ngan motor pun takleh nak pk, toksah mimpi nak jadi angkasawan la budak2 weh! otak letak kat lutut. Patut sangat la lutut tu kopak masa merempit. bila kita sound pandai plak kata kita kecoh. Tu sib baik jerit tahap normal tu, bawak mekropon kang baru tau.

Haihhhhh marahnyessssssss!

hah. lega. maaf ya. luahan perasaan. huhu!

  • Share/Bookmark

Sangat sibuk!

Posted by uDA | Posted in Am | Posted on 21-04-2009

0

saya sangat sibuk. masih lagi aktif dgn sesi foto di sana sini. huhu. gambar-gambar baru boleh dilihat di sini ya.

ketemu lagi!

  • Share/Bookmark

Hari Ihtifal

Posted by uDA | Posted in Aktiviti, Foto, Keluarga, tasneem&najla | Posted on 16-04-2009

4

Cerita weekend lepas.

Ia adalah satu hari yang sibuk. Saya ada shooting untuk maternity mom seawal 7.45 pagi. (Gambar2 ada di sini) Kemudian habis kerja pukul 9.40, terus ke sekolah Tasneem dan Najla kerana ada hari Ihtifal. T&N akan buat persembahan juga mewakili kelas pra-sekolah. Nasib baik sempat lagi pergi tengok diorang buat persembahan. Kalau tak, makcik Najla yang kecoh tu mesti ungkit punya. Pasal dia dah sibuk-sibuk cerita dia kena nyanyi nanti atas stage, lepas tu mu’allimah suruh dia pegang mikrofon hehehe. Abah dia kata, yo yo la Najla tu. Silap-silap kang hujan turun lebat atas stage macam tahun lepas punya persembahan ekeke…


bergambar ceria dengan kawan-kawan. member dua orang jek pakai tudung lain ekeke. dia bukan nak bagitau mu’allimah dia pesan pakai tudung putih.

Antara dialog budak-budak yang best hari tu:

1. Kawan-kawan: eh eh Tasneem, perut ibu awak besar macam kamera ibu awaklah!

2. Najla: Ibu, ibu adik tak nak kawin la nanti sebab adik tak suka pakai lishtik! (lipstick)

hahaha…macam2 la budak2 neh


“Maa ismu ka, maa ismu ki, siapa nama anta, siapa nama anti..”
baju lawo dah. skali pakai selipar jepun ekeke


Balik dari sekolah, ada surprise. Kami belikan T&N meja tulis baru. Padahal 2nd hand je pun, tapi sangat berbaloi. Meja tulis IKEA zaman tok kadok, 10 tahun lepas tapi conditionnya tip top. Harga asalnya hampir rm500, kami dapat rm80, dengan MALA Easel Ikea tu jugak, harga baru RM99, kami dapat RM20.
Tiada lagi contengan di dinding! yah!

Lepas tengok T&N punya persembahan, kami bergegas balik pulak sebab nak bersiap ke majlis kenduri kahwin kawan lama hubby. Majlisnya di Indera Mahkota.

Huhuu…rasa macam best jek gi kenduri kawin  bawak perut jek, pakai baju lawa *ahaks*, rilek-rilek makan nasi minyak, duduk sembang-sembang dengan member. Takyah penat-penat, lari-lari angkut kamera ke hulu ke hilir. Sangat syiok! hikhik

Ok, sambung kerja. Bye!

  • Share/Bookmark
This site is protected by WP-CopyRightPro