Posted by uDA | Posted in Aktiviti, Foto, Photo Outing | Posted on 31-08-2008
4
Outing ke Tasik Chini pada 31 Ogos. Sambutan Merdeka kat Kuantan macam tah apa-apa je tahun ni. Gi ronda-ronda naik bot kat Tasik Chini lagi best, ekeke…
Gambar prebiu :

Anak penduduk orang asli di Kg.Chendahan,Tasik Chini

Tok Batin baru belajar menyumpit ekeke… dR ali kegembiraan dapat menyumpit dengan jaya. Sedang menghalakan kamera masing2 ialah Capten & Dr.Jamal

Dulu Tasik Chini dipenuhi teratai. Sekarang boleh kira berapa kuntum je yang kami jumpa. Pencemaran memusnahkan keindahan teratai di Tasik Chini. Nasib baik, dapat la jumpa sikit.

Lagi, anak orang asli di Kg Chendahan. Panggil dia Siti Nurhaliza baru dia pandang. ekeke
Selamat berpuasa kepada semua pembaca-pembaca blog ini. Ramadhan Kareem!
Tanggal 21 ogos adalah hari lahir Alieya Tasneem. Manakala tarikh lahir Najla Nafeesa jatuh pada 24 ogos. Wah, sangat cekap, kan family planning kitorang. wihihi~
Makanya, berjimat-cermatlah kamu pada zaman kegawatan harga-harga barang ini dengan mengajar anak-anak berkongsi sahaja sambutan hari jadi. thehhehe…
Untuk anakanda-anakanda tersayang, yang comel lagi keletah, Tasneem dan Najla, ibu dgn abah ucapkan selamat hari jadi yang ke lima dan ke empat. Semoga membesar jadi anak-anak yang baik, solehah, tak degil, tak gaduh-gaduh selalu, tak rebut-rebut mainan dah pasni yer. Hadiah nanti ek, ibu ngan abah beli kat kl la, kat kuantan cam tak best jek (ecece…padahal tak sempat nak cari benornye ekekkeke).
Ok lah, gambar-gambar…

kek hari jadi 2008

kakak aneem dah 5 tahunlah!

disediakan oleh The Mak Ngah’s Catering. *hikhik*

I sudah 4 tahun okey…

Fooooohhhh~

huuu shedapnyer kek ibu beli!

tasneem the anak abah

dipaksa ke sesi fotografi oleh ibu

allaaaaa kantoi lagi adik kasut tebalik!

senyuman paksa di hari lahir. ekekeke
Posted by uDA | Posted in Bisnes, Foto, Perkahwinan | Posted on 18-08-2008
3
Bulan ini adalah bulan perkahwinan. Jadi tanpa melengahkan masa, kita saksikan gambar-gambar orang kawin je la ya~ huhu…
Zamizo & Rina (15&16 Ogos 08 – Medan Warisan, Kuantan)



lagi gambar akan menyusul…
Liza & Nizam (15&16 Ogos 08 – Kampung Padang, Kuantan)



Lagi…
Ida & Anas (16&17 Ogos 08 – Alor Akar, Kuantan)



Posted by uDA | Posted in Bisnes, Foto, Perkahwinan | Posted on 11-08-2008
4
Jarang post gambar pengantin kat sini kan? hehe…
Bekerja dengan setiap klien, ada pengalaman unik dan tersendiri. Paling penting adalah bagaimana kita belajar dan mengambil unsur-positif dari setiap pengalaman tersebut.
Minggu yang baru sudah ini, TintaCreative dapat satu lagi pengalaman baru. Cukup mencabar bila perlu menyiapkan tugasan dalam masa yang singkat, ditambah lagi dengan beberapa protokol yang perlu diikuti. Tapi anggap itu semua sebagai cabaran untuk menghasilkan yang lebih baik!


Terima kasih untuk Zue dan Din kerana memilih Tinta Creative sebagai jurugambar rasmi hari bahagia anda berdua. Terima kasih juga buat keluarga mereka yang memberikan kerjasama yang cukup baik.

Alhamdulillah, setakat ini, klien2 kami semuanya sangat-sangat memberikan kerjasama. Kami amat-amat menghargainya!
Posted by uDA | Posted in Foto, Keluarga, Ulangtahun | Posted on 10-08-2008
4
Hari ini, 10 Ogos adalah hari ulangtahun mak, Hjh Fatimah Abdullah. Juga hari ulangtahun emak mertua, Hjh Rosnah Mohd Tawi. Dan juga… aha, hari ulangtahun DS Anwar Ibrahim.
Hari ini emak telah berusia 71 tahun. Masih sihat, cuma lutut mak je dah tak kuat.
Mak mertua, hari ini sudah bergelar warga pencen. Setelah berpuluh tahun menjadi pendidik di bumi Pahang.
Saudara Anwar, pada umur 61 ini, sedang menghitung hari untuk bertanding semula ke parlimen.
Semoga Allah mengurniakan kesihatan untuk kesemuanya. Dilimpahi barakah dan rahmat sepanjang usia. Aminnn….

men’skodeng’ emak di dapur. hehe… (mak: hah! ambik gambau aje kijenye!)