Posted by uDA | Posted in Am | Posted on 13-07-2008
9
Hujung minggu ini kami tak ke mana-mana. Maksudnya, kami hanya berada di sekitar Kuantan. Tiada tugasan untuk ambil gambar. Jadinya banyak masa di pejabat, siapkan kerja-kerja yang entah bila nak siap. huhu.
Hari Sabtu petang kami ke tadika T&N. Ada ‘Open Day’. Ibu bapa dijemput hadir untuk lihat prestasi akademik anak masing-masing di sekolah. Wah…tadika pun dah kena datang tengok buku rekod. hihi. Tasneem dan Najla, dua-dua dapat nombor 6 dalam kelas masing-masing. Ni pakat-pakat ke, tak tau la.
Tapi dari keputusan ‘first term’ ni, Tasneem punya keputusan lebih baik dalam subjek Art dan juga Smart Reading. Tapi Najla bab seni2 dia memang kureng skit. Cikgu dia pun cakap, kalau suruh dia warna-warna ni, sekejap aje, lepas tu mesti dia cakap, ‘adik tak nak kaler dah. adik penat’. Hahah…sama la dialog dia kat rumah pun macam itu jugak. Kaler skit penat. Kaler skit ngantuk. Keputusan dia yang dapat 100% ialah matematik. Lebih pada angka kut, ikut abahnya. Ada built in calculator dalam otak. huhu. Tasneem ni boleh dah gamaknya ajar dia photoshop dari sekarang. thehhehe…
Kami baru siap pasang backdrop untuk mini studio kat galeri ni. Untuk permulaan ni ada studio putih sahaja dulu. Nak ambil gambar kat studio putih? mai la. :-D
Posted by uDA | Posted in Aktiviti, Bisnes | Posted on 03-07-2008
6
Alhamdulillah, selesai sudah wedding exhibition. Untuk pengalaman pertama menyertai exhibition, rasa sangat penat, tapi berbaloi. Matlamat kami adalah untuk memperkenalkan nama dan produk-produk yang ada. Tapi terkilan sebab pihak penganjur tak buat promosi yang sepatutnya. Jadi rata-rata yang datang adalah sebab kebetulan. Tak apa lah, pengajaran untuk masa depan. huhu
Hujung minggu yang memang sangat mencabar buat kami, sebab sibuk dengan exhibition, kemudian tiba2 dapat job penting yg ad-hoc. Kawan2 yang sepatutnya shoot pulak semua ada hal. Terpaksa import kawan-kawan dari KL dan Besut. Terima kasih banyak-banyak! Najla pulak tak sihat, kena jangkitan pada usus. Nasib baik la ada tokwan dan adik2 ipar yang boleh tolong jaga. Memang tak cukup tangan!
Terima kasih juga pada kawan-kawan fotografer lain yang datang beri sokongan. Ex-client dan client2 akan datang yang rajin jenguk2 kami kat booth. Tima kasih!
Ok, gambar skit! hehe. Tak dan sangat snap gambar. Ni gambar-gambar masa hari Khamis/Jumaat. Orang tak ramai sangat. Ada lagi gambar boleh tengok di blog Encik Syakir
tengah set-up booth. baru nak gantung banner
awek belgium yang comey. hehe…
klien ni best. dia datang 2nd time tu, dia yg terangkan pasal produk2 kami kat family dia hihihh