Recent twitter entries...

  •  

Rembulan

Posted by uDA | Posted in Foto, Percutian | Posted on 25-04-2008

7

Awal malam di Marang, dalam perjalanan pulang ke Kuantan.

  • Share/Bookmark

Ke Pasar Siti Khadijah

Posted by uDA | Posted in Am | Posted on 24-04-2008

5

Dah hampir 30 tahun hidup kat Malaysia, inilah pertama kali ke Kota Bharu. Punya la…. (teruja). Padahal kat kampung dulu mak ngan abah selalu je ikut rombongan gi kelantan. Tak penah nak bawa kita pasal nanti sibuk nak angkut periuk dengan toto bawak naik bas kan.

Turun je dari jeti Kuala Besut, terus gi Kota Bharu, Kelantan. Spesifiknya, ke pasar Siti Khadijah. Teringin sangat nak ke sini.

*Pelik….apa yang tak membangunnya Kelantan ni?


pasar dah lengang…sampai dah lewat tengahari


punyala suka sangat gi kelantan, kalau boleh semua benda nak amik gambo ekeke..

  • Share/Bookmark

Najla @ Perhentian

Posted by uDA | Posted in Am | Posted on 23-04-2008

14

Perhentian lagi. hehehe. Ini versi gambar anak dara yang posing bagai nak rak. Tengok mood la kannn…

Ok, sila vote posing pilihan anda. ekekeke…

tak sempat nak stori-mori aaa….keje byk! ah ya, ktorang dok kat Fauna Beach Chalet. biliknya besar, ada katil utk 4 org. satu double decker, satu katil besar.


Tasneem

  • Share/Bookmark

Pulau Perhentian

Posted by uDA | Posted in Aktiviti, Foto, Keluarga, Percutian | Posted on 23-04-2008

6

Kami bertolak lebih kurang pukul 12 tengah malam, hari khamis lalu dari Kuantan. Sampai di Besut, Terengganu pukul 5 pagi. Bertuahnya kami berenam (saya, hubby, adik ipar 2 orang, T&N) dapat makan sarapan istimewa – resepi rahsia nasi lemak kukus dengan sambal tumis yang sangat lazat dari rumah Shamabd. (Tima kasih banyok ke mokcik yang susah payah masak. Rasa nak datang lagi ni hehe). Pukul 9.45 kami bertolak ke jeti Kuala Besut untuk naik bot pukul 10 pagi. Perjalanan menaiki bot selama 40 minit hingga ke Perhentian Besar. Bot sangat lajuu wu wu wu… T&N muka cuak bangat. hihi…


*haha…adik kasut terbalik

Sampai-sampai, T&N terus tukar baju. Nak main pasir. Najla tak pernah mandi laut. Jadi dia nampak teruja lebih, “adik nak mandi kolam! adik nak mandi kolam”. “bukan kolam. itu laut dik” kata aku. hehe. Bukan setakat main pasir, budak2 ni, bila kita toleh sekali lagi tengok dua-dua orang berguling-guling atas pasir. Laa….

Cuaca tak berapa menarik. Langit putih je, macam berkabus pulak. Ambil je la gambar apa yang patut.

Hari kedua sangat best. Kami pergi snorkelling. Diorang bawa 3-4 tempat. Seronok la jugak sebab dapat jumpa penyu. Besar wuuu penyu. Diorang kata kekadang boleh terserempak yu. yu bodo. Tapi tak jumpa plak.

Sempat la berhenti sekejap minum teh tarik kat gerai tepi laut sebelum sambung snorkelling semula. Yang penting sempat gi amk gambar. hehe. Sempoi la brader yang bawa bot tu. Dia cuma beri kata dua, lambat naik bot, tinggal. thehehe…

Dah, ni je dulu ek…

  • Share/Bookmark

Panggilan Pulau

Posted by uDA | Posted in Aktiviti, Foto | Posted on 21-04-2008

8

*tima kasih kat hubby yang ambilkan gambar. hehe…*

Nanti la cerita ek. Tgh banyak keje. Gambar banyak lagi….huhu

  • Share/Bookmark
This site is protected by WP-CopyRightPro