Recent twitter entries...

  •  

Najla

Posted by uDA | Posted in Foto, Keluarga | Posted on 31-03-2008

7

Ini Najla.

Dia seorang budak yang banyak angin. *macam mak dia*. Tapi paling tak tahan kalau datang angin emo dia yang bukan-bukan. Orang tegur sikit je dah meleleh. Hadey…letey. Ini masa angin dia nak bergambar. Macam-macam gaya dia buat.

Paling kelakar bila angin dia suka menyanyi. Segala macam lagu sekolah dia keluar. Lirik memang ke laut cina selatan jangan cakap la. Lagu kesukaan dia lagu aspalela. Sampai naik rimas dia asik nyanyi lagu tu termasuk la masa hati dia senang jalan-jalan kat shopping complex. “Iiiingatt tak laaagiii janjiii kiiitaa dulu aspaalelaaaa”. Sekarang dia nyanyi lagi lagu tu ibu cubit. Rimas okey.

Selain dari lagu aspalela dan lelaki ini *aduu duu*, dia juga sangat suka lagu-lagu patriotik. Sama ada lagu ; “tanggalllll tiga puluh shatuuuu…ulan lapannn ima puluh tujuhhh” atau pun lagu “malaysiaakuuu gemilang, merdekanya tebilangggg, berdaulat dannn makmurrr bejaya kami cuuuukuurrr”.

Satu hari tu, makan berdua dengan dia kat kedai makan bawah ofis ni. Tiba-tiba datang dah serangan angin nyanyi dia tu…dia bantai nyanyi sekuat hati, “tanggaalllll tiga puluh shatuuuu…bulann lapannn ima puluh tujuhhhh!!”. Semua orang pandang, gelak sakan.

Ibu dia rasa nak nyorok bawah meja.

  • Share/Bookmark

remang senja – kuantan

Posted by uDA | Posted in Am | Posted on 28-03-2008

3

Ahad lepas kami layan keropok sagu di Tg. Lumpur. Dah lama tak pekena keropok sagu. Keropok sagu kurang sikit ‘glamour‘ dia berbanding dengan keropok lekor. Tapi rasa dia pun tak kurang enak jugak. Ada gambarnya Tasneem ambil, tapi tak transfer dari kamera lagi.

Dah kenyang dengan 3 pinggan keropok sagu, ambil gambar senja dekat bawah jambatan Tanjung Lumpur. Yang nampak kubah dan 4 menara tu adalah masjid neger.

  • Share/Bookmark

ikan

Posted by uDA | Posted in Foto, Peribadi | Posted on 27-03-2008

0

Ikan-ikan koi (ini ikan koi kan?) di tingkat 6 Sogo.

Ambil gambar ini minggu lepas ketika menunggu seorang klien sampai. Ada banyak ikan dalam kolam air terjun buatan ni. Sambil minum air tepi kolam boleh jamu mata lihat ikan-ikan gemuk berenang. Sayangnya ada yang buang straw dan sampah-sampah kecil dalam kolam. Kalau aku jadi ikan-ikan tu, mungkin bosan juga. Kolam yang sama, suasana yang sama hari-hari. Dah tu? meh tangkap masuk kuali nak? ekeke…

Apa merepek daaa….

  • Share/Bookmark

Senja di Tanjung Lumpur

Posted by uDA | Posted in Foto, Peribadi | Posted on 24-03-2008

2

Rasa penat dan nak pergi bercutilah. Konon-konon nak pergi bercuti luar negara ni (hihihi). Ada cadangan mana-mana destinasi yang menarik, tambang murah dan kos percutian yang ekonomi?

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

kemaskini di TintaCreative Fotopages : Solemnization – Dulie&Azmie

  • Share/Bookmark

Sibuk!

Posted by uDA | Posted in Peribadi | Posted on 17-03-2008

4

Minggu yang sangat sibuk. Nampaknya kena memerap dalam ofis saja minggu ni untuk siapkan album-album pelanggan.

Ada beberapa kemaskini terbaru di TintaCreative.com. Silalah~

Ok, sambung kirja!

Selamat bekerja semua~ :-D

  • Share/Bookmark
This site is protected by WP-CopyRightPro