Posted by uDA | Posted in Foto, Keluarga | Posted on 27-02-2008
5

Betul-betul rasa nak muntah ni pasal penat edit gambar…huhu. Godek-godek jumpa gambar budak-budak ni. Teruja bukan main lagi orang nak snap gambar.
Kesemua di atas adalah kombinasi dua pupu-dua pupu dan juga mak sedara. Yang comel baju biru tu pangkat emak saudara pada T&N. Satu sekolah jugak dengan T&N. Bila dah ramai-ramai gini mula la lupa daratan budak-budak ni…buat sepah la apa la. Main pusing-pusing ramai-ramai pastu menjerit-jerit pasal pening. Aaaa masa ni memang molek la kalau mak bapak test pitching suara kan.
Ok Uda, sambung keje. huk huk…
Posted by uDA | Posted in Peribadi | Posted on 25-02-2008
8

Inilah first lens saya. Oleh kerana dia dibeli sekali dengan body si D80 tu, maka namanya Kit Lens. Lens 18-135mm ni memang bagus. Boleh jadi wide, boleh jadi zoom lens jugak. Mula-mula belajar guna dslr dengan dia nilah. Mula-mula buat kerja ni dulu pun, ini je la lens yang ada.
Dan sekarang dia telah dijual sebab saya perlu lens dengan aperture yang lebih besar. Dia telah dijual kepada seseorang di Keramat, setelah dilap-lap dan buang habuk-habuknya dengan penuh kasih sayang. huhu…
Rasa sentimental la pulak bila jual lens ni. Pertama kali jual lens kut. Sayang wuuuu huk huk…
Tima kasih kat hubby yang snap gambar lens ni (sebab nak jual la haritu hehehe).
Kalau jual kamera ni mau nangis ni ngehngehhh~
Posted by uDA | Posted in Foto, Peribadi | Posted on 17-02-2008
13
Hari Jumaat lepas balik kampung lagi (raya cina haritu baru balik). Tapi kali ini balik sorang. Ada job ad-hoc kat Muar, dan kebetulan pula mak pun baru buat minor operation mata dekat hospital Melaka. Balik tengok emak sekalilah. Alhamdulillah mak sihat, cuma mata ada lekat plastik lagi, elak dari masuk habuk.
Yang best balik kampung kali ni, balik naik bas. Pertama kali ni turun kat Melaka Sentral. Dulu2 kali terakhir rasanya masa zaman sekolah, bas stand dekat The Store Melaka tu. Busuk dan kotor ya amat kat situ huhu. Kali ni turun kat Melaka Sentral. Jakun la kejap kita tengok bas stand tu rupa macam shopping complex pun ada. Mengagau cari bas nak gi Banda Hilir (ada keje skit). Takut tak reti nak turun mana, akhirnya amik teksi je lah. RM15 tauuuuu naik teksi gi banda hilir. *ampeh…
Dah setel keje kat Banda Hilir, nampak kedai asam pedam pullokk… Layann~haha. Tapi tak sedap. Sedap lagi mak masak.
Nak balik rumah mengagau lagi kat mana nak tunggu bas. Budak jaga tiket parking kata tunggu je bawah pokok besar depan dataran pahlawan tu. Kita pun tunggu je la. Sekali datang bas SKA tu… bas tu la zaman sekolah dulu pun naik kalau nak balik rumah. Hihi. Macam syok gak la naik bas berenti-renti ni kan…sebab dah lama tak naik. Sama je…jalan macam nak roboh macam dulu gak. Kalau lalu kat bonggol ke apa…semua dalam bas tu boleh melambung la tak jejak punggung, thhehehe… sempat amik gambo gak tu hehe.

Malam tu plak layan tengok Pak Mat (pak sedara) punya kelas kompang. Ramai jugak la budak-budak muda kampung yang join. Lagu-lagu yang PakMat ajar, semua best-best. tak macam lagu kumpulan kompang yang kita biasa dengar. Ni dengar2 dah dapat jemputan sampai ke KL ni, siap buat baju seragam lagi. Cewahh…hehehe. Kembang kempis idung bebudak ni kena amik gambo, ingat masuk surat kabar. hihihi…
Si kenit Umar (anak sedara) tu pun layan gak orang berkompang.

Dah dah…keje banyak. Bye.
*mengagau ikut kamus bahasa orang kampung saya = tercari-cari
Posted by uDA | Posted in Bisnes, Foto | Posted on 12-02-2008
8

Tasneem, dengan pet kesayangan dia, Melati. Kita punya la seram nak pegang, pasal satu durinya tajam-tajam, pastu ada masa dia gigit plak tangan. tapi gigi dia rata la, bukan mcm gigi taring hasmter tu. Tapi Tasneem rilek je pegang, macam main hamster dia je. Padahal dah kena gigit dah haritu. Hehe…ada gaya jadi doktor veterinar ni. (Doktor vet kat taman guru ni pun tak penah tengok hedgehog tau hihihi)
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Terbaru, akad nikah dan majlis sanding Nurul dan Amir, di Batu Pahat, Johor. Seronok aaa tengok orang jawa kawin. Dapat satu perkataan baru – BONTROT. ahaksss… eh betul kan sebutannya tu? hihihi

*Bontrot = buah tangan/lauk yang diberi pada tetamu utk dibawa pulang. :-D