Baca betul-betul…sepeda, bukan sepe*da. ha ha ha
Ya, kehidupan sekarang penuh dengan aktiviti-aktiviti sehat dan menyehatkan tubuh dan minda. Hiking ke Panorama baru-baru ini terbatal lagi disebabkan hujan. Punyalah panas hari-hari, time nak naik Panorama je, hari hujan. Bukankah itu petanda Allah memberi peluang kami untuk berehat2 saja di rumah? hehehe.
Ok, apakah Geng Sepeda Malam? He he.
Geng Sepeda Malam atau GSM adalah sekumpulan orang yang menunggang basikal mereka pada waktu malam. Misi : sampai ke destinasi dengan selamat. Visi : Mengayuh untuk kesihatan. Hi hi.
Makanya seperti kerja gila la kami malam-malam, pukul 9 hingga 10 mengayuh basikal, mengikut route kebiasaan, Bukit Rangin-Bypass-TamanTas-TamanSepakat. Kamu boleh google jika teringin melihat route tersebut. Lebih kurang 16km. Hari pertama mengayuh, bagai separuh nyawa melayang, padahal baru sampai depan Kraftangan dekat bypass, iaitu kira-kira 2 kilometer dari rumah (Bkt Rangin). Manakala yang lain-lain seperti Dr Jamal dan isteri beliau Kak Zuna, Mizi, meninggalkan saya hingga tak kelihatan lansung kelip2 lampu belakang basikal. Hampeh. Mujur En Hubby yg jadi marshall bertukar menjadi penyelamat. hi hi
Ni mesti pasal sepeda murah yg kami beli. Raleigh Diablo RM650. Itu hubby punya, Diablo Disc. Saya punya murah lagi sikit, sebab tak ada disc, sebab nak letak carrier Widaad di belakang, bawa si kenit itu pusing2 taman. Basikal Dr Jamal dan isteri beliau tak mahal sangat, RM1500 jeeeee (peh!). Patut la tertinggal kat belakang. hu hu (alasan)
Kami suami isteri cuba mencari sebab. Adakah kami tertinggal mmg kerana basikal (speda) kami murah? Ataukah kerana setting kami salah? Ataukah kerana kami salah main gear? Ataukah kerana tayar salah? hohoho
Semalam petang kami mengayuh lagi. Tukar waktu petang sebab malam masing2 ada hal dan kalau kayuh petang, kami boleh masuk route yg agak menarik, iaitu kawasan lombong tinggal berdekatan tmn tas dan tembus ke chendering. Dr Jamal dan isteri beliau kayuh dulu sebab orang lain semua lambat sampai huhu.
Kami yg lain2 kayuh lambat sikit, tapi kami main tak aci sebab tak ikut hiway ke taman tas. Tapi main potong terus dari Chendering ke lombong. Ha ha. Alasan: hari nak hujan.
Big dan wife beliau Ju pun dah mengayuh. Big dulu antara pengayuh handal, bukan peringkat negeri, malah peringkat kebangsaan juga, menurut kata ex coach beliau, En Rahim Le Tua (bukan Le Tour ya ekeke. En Rahim ada buka kedai basikal di Indera Mahkota, berdekatan Secret Recipe. Beliau pengayuh handal di Malaysia ini. Silalah setting beskal anda di sana. En Rahim sangat mesra orangnya). Oh berbalik pada cerita tadi.. Big dan hubby tukar basikal semalam. Makanya dia mengesan akan masalah utama yang menyebabkan kayuhan kami lambat dan lembab ialah TAYAR! ya…tayar yg kami guna sesuai untuk off road, main downhill. Sebab tu berat je nak pegi.
Jadi, kena tukar tayar pulok! hadey… main beskal sebiji macam main kamera rupanya. Macam orang tanya kamu, apa beza kamera mahal dengan kamera murah? gambar kluar sama je. Jawapannya, guna dulu baru tau. haha. Sama la juga dalam kes beskal ini.
Walaupun tujuan berbasikal ini hanya untuk kesihatan tubuh badan, tapi kalau ngayuh asik tertinggal belakang, mmg mendatangkan hangin mudarat jugak la… belanja pun boleh tahan. Kena beli helmet, glove. Pastu punggung sakit, cari pulak cycling pants yang ada pad tebal tu. Sakit lagi…tukar pulak saddle. hadoi. Ni nak tukar tayar pulak. Semalam masa pergi setting basikal (first time tau kena setting basikal. ingat kamera je kena setting. haha), En Rahim LeTua kata, frame beskal saya tak sesuai untuk saya kerana ianya terlalu besar. Frame yg sesuai, 13.5″, yg saya guna sekarang 16″. huhu. tapi kata beliau, tak usah beli basikal baru..guna je dulu yg ini buat exercise. tapi mmg kena tahan la, kamu akan sakit belakang sebab kedudukan/posture tak sesuai. Memang sakit pun. Lepas ngayuh je mmg sengal dan sakit belakang.
Tukar beskal pulak? huhu…benkrap la makcik.
ok, gambar dari koleksi dr jamal yg telah diHDRkan. Yg lain semua malas shoot. hihi.

GSM dekat lombong. Tiada dalam gambar, Dr Jamal, Big dan wife beliau. Lihat beskal Mizi (kiri sekali) yg nampak macam koman tu. Itu tiga ribu ajeeeee..hins hinss. Yang selalu beliau bawa sebenarnya berharga 10 ribu. Gila.
Orang Kuantan yg berminat nak join kami kayuh malam2, boleh sertai kami di Facebook. Sila Search Geng Sepeda Malam. pastikan ejaan betul.