Setelah penat melayan haiwan2 di Taman Hidupan Liar, kami makan tengahari dan kemudian ke kedai Haji Ismail Group di Pekan Kuah. Di sini murah la kalau nak beli cekelat. Kalau nak lagi murah, beli yang esok expired. hihik. Betul ar, mmg murah.
Lepas membeli cekelat, balik ke kondo untuk solat. Untuk sesi bejalan petang tu, sumer worang kena pakai t-shirt rasmi tinta kretip @ langkawi 13-15 november 2009. (baru teringat nak pakai. haha)
Jadi, program kami pada petang itu lebih bercorak lawatan sambil belajar, iaitu lawatan ke kilang memproses gamat – Sireh Lagenda.
Wah, mmg cool la brader yang juga tokey tempat tersebut. Perniagaan itu merupakan warisan keluarga beliau, dan beliau telah memberikan penerangan yang panjang dan lebar kepada kami tentang perusahaan gamat yang dijalankan di situ. Semua orang sangat memberi perhatian, terutama incik amy jabar. *haha.
Ya ya, mari tengok gambar.

‘Ya adik-adik, kakak2 dan abang2. Inilah bukan dodol ya. Ini adalah gamat yang telah diproses menjadi minyak gamat. Sila2 bleh rasa jgn malu2′, kata incik Hafiz

mizi, hubby dan nurul sedang test power masing2 mencelup tangan ke dalam kawah panas gamat asli. fuh! aksi mendebarkan.

hai pica comey. lawo baju. thehhehe

‘minyak gamat ini boleh menguatkan segala tenaga-tenaga batin incik2 sekalian…

‘saya nak bang, saya bang, saya pon bang!’

‘hai, takkan tenaga orang laki jek. orang pompuan punye mana?’ tanya puan dhila, tak pueh hati

minuman tongkat ali percuma. untuk lelaki sahaja.

incik syakir telah menghabiskan 7 gelas minuman tongkat ali tersebut. incik idzwan menanti giliran penuh sabar.

gaya terbaek: amy jabar. ekspresi terbaek: incik zul. sluar terbaek: incik erwin. haha

Restoran Singgah Rasa di pekan Kuah. Setelah penat membeli dan membelah
Terim kasih banyak2 pada Incik Hafiz atas kesudian beliau melayan karenah2 bapak2 budak yang nak produk itu, nak produk ini. Haha. Akhir sekali, beliau telah menhadiahkan kami sorang 2 botol bam gamat. Huhu. Tima kasey banyak. Taun depan datang lagi nanti bagi free syampoo gamat plak ek. Yang botol hijau.
Setelah selesai lawatan ke kilang gamat, kami semua ke Kompleks Beli Belah Idaman Suri yang terkenal di Langkawi, selain kedai Haji Ismail Group. Entahla, ada yang kata kat Idaman Suri lagi murah sikit. Makcik tidak la sempat nak compare2 harga.
Tak membeli sangat pun. Hajat di hati tu ada. *cewah. haha. Tapi pasal pk nak mengangkut naik feri, pastu nak angkut dari jeti ke terminal bas pulak nanti. Dengan nak mengendong Widaad lagi. Huhu, tak sanggup. Telan air liur je la tengok pinggan mangkuk correll la arcopal sumer tu. Beza harga dengan harga market biasa kat mall seratus lebih ke 2 ratus gak la. Berbaloi-baloi. Orang rumah Mizi yang tak ikut pun masih boleh membuat pilihan melalui video call. Fuu..tekno abeh membeli belah sekarang. Makcik beli apa? Makcik beli sudu dan garfu sahaja. Haha.
Aktiviti membeli belah tiada gambar. Al maklum, tak sempat occay.