July 2, 2009

Qaireen Widaad

Filed under: Am — uDA @ 4:26 pm

Untuk kawan-kawan ibu saya, sepupu-sepapat saya, mak-mak sedara dan pak-pak sedara saya yang jauh di mata, yg tak dapat datang tengok saya kat sini.. ni ibu buh gambar saya lagi. :-)

p/s : abah dah register nama saya secara rasminya, Qaireen Widaad. yay~

widaad2 woohooo…syoknya dah kuar dari perut

widaad3
ai yem da pawerpaff gal~

widaad4
susu sudah. mandi sudah. beyak sudah. nak tido…

widaad5

June 29, 2009

Hai!

Filed under: Am — uDA @ 3:02 pm

Salam!

Terima kasih untuk semua doa dan ucapan tahniah.

Saya dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 20 Jun 2009 di Kuantan Medical Centre. Beratnya ketika lahir, 3.03kg. Alhamdulillah, semuanya sihat. Cuma kena tahan wad satu malam haritu sebab jaundis. Sekarang dah beransur baik.

Ya, kini kami sudah mempunyai team powerpuff girl, anda bila lagi? hehehe..

widaad1

santek tak rambut saya?

June 10, 2009

Pindah Lagi..

Filed under: Peribadi — uDA @ 10:04 pm

Lupa nak citer, seminggu lepas entri kutuk-kutuk sikit klinik desa haritu, saya gi klinik tu balik tengok-tengok ada kipas baru sudaa~ hikhik. Bukan saja baru, malahan sangat besar pula. Angin pun bertiup menderu-deru di tengah kehangatan bahang mentari. hikhik. Wah, yang mana satukah agaknya gerangan di kalangan makcik-makcik nurse itew yang membaca blog ini? huhu. Minggu depan gi mesti pasang aircon plak kan kat tiap-tiap bilik rawatan. beh beh. Kepada makcik nurse yang membaca tulisan ini, nanti mintak derang tukar mangkuk tandas plak ey? tukar tandas duduk plak. Katakan tidak pada tandas cangkung. Seperti kata puan Oren, sangat terseksa jiwa raga ibu-ibu mengandung bila kena guna tandas cangkung untuk amik sample urine. Lagi-lagi yang udah 7 bulan ke atas. Harap maklum.

Saya berada pada tahap kesibukan dan kepenatan dan keberatan yang maksima.

Kami masih dalam proses berpindah rumah. Ni kali ke-4 kami pindah rumah. First time dulu pindah ke Bandar Maran. Lepas tu pindah ke Bandar Jengka. Lepas Bdr Jengka, pindah dok Kuantan. Ni berpindah dalam Kuantan jugak la. Sedang baik pulih dan mengecat apa yang sempat sebelum bersalin nih. *ya, dgn KCC paint, anda boleh mengecat walaupun sedang mengandung 9 bulan! hohoho*. Sekarang tinggal renovation bilik air bilik tu je. Lain-lain kurang penting buat masa sekarang. Ahah, kepada yang telah vote untuk warna biru gelap atau hijau olive semalam kat ym, warna hijau olive telah terpilih untuk warna ruang tamu kami. Sempena kempen Go Green!, kami pun pilih olive la. Lawa apa, kan? hehe. Biru tu kami kaler kat bilik. Tapi biru yang segar skit. Tiru IKEA. hikhik. Memang dilema betul nak pilih kaler cat. Tapi biru ni memang beh. Perabot je la jenuh nak cari kaler putih.


ini bukan rumah saya. ini gambar dari katalog IKEA. huhu

Menambah lagi kesibukan dan kepenatan, tadi tuan kedai baru dah telefon suruh amik kunci. TNB sudah masuk letrik kat opis baru. Hek ele, haritu tunggu-tunggu tak masuk-masuk. Ni orang da sibuk nak branaks baru nak masuk. Mencik ah. Jadi tadi buat appointment dengan kontraktor nak renovate opis pulak. Buat partition dan pasang kapet. Tak buat kang rugi plak, bulan depan dah kena start bayar sewa. Uhuuu..sangat penat memikirkan kesemuanya.

okey, nak berehat. nak makan eskrim. bye.

p/s: kalau saya bersalin dalam 2-3 hari ni, doa-doakan selamat la semuanya ya.

June 5, 2009

Balik Kampung

Filed under: Am — uDA @ 9:40 am

(kemaskini : gambar2 sudah ditepek)

Ada lagi ni, blom bersalin. hehe.

Alhamdulillah, blog dan website suda boleh direstore semula. Tapi segala komen kawan-kawan kat blog taktau gi mana dah. huhu. Semua dah hilang.

Last weekend balik Melaka 3 hari. Balik kampung edisi terakhir sebelum bersalin. Dapat la bawa T&N jalan-jalan kat Zoo. *ehem, kitorang masuk pree pasal zoo tu kitorang punya. ahakss*. Zoo Melaka beh tau skarangs. Tidak busuks, malahan bersih pula. Haiwan-haiwan pula sangat menarik dan mesra alam, terutamanya haiwan peberet Najla, “i like to move it move it” tu, atau Lemur. Lemur ni kandang dia open jek, so boleh la menangkap gambar mereka dengan bebas dan gembira sekali. Kalau malas nak jalan, bawa anak-anak tengok show pun okay, pukul 11 ada show burung besar *hahaha..jgn tanya burung apa, taktau namanya*, parrot, orang utan. Pastu 12.30 bleh tengok show gajah-gajah menari dan bermain muzik. ngehhhh…boleh la dikatakan terhibur. Pastu abahnya bawa T&N naik kuda. Ibu dok dalam opis, tengok tv. tak larat dah nak jalan turun naik bukit. *dah kata dah, zoo melaka ktorang punya. hikhik*

Najla sungguh berani, naik kuda sorang-sorang. Abahnya buat video call, nampak la muka dia tersengih-sengih naik kuda. “dah tu Tasneem tak naik ke?”. “Naik. Jap lagi dia naik ngan abah pulak.”  Larat ke kuda bawak abahnya? hihih. “Kuda besorlah!” kata abahnya. ekeke… Ooo ingatkan kuda kecik yang bawak Najla tu. Mau kena CPR kang kuda tersebut.

Dari Melaka, gi KL hari Selasa. Menghantor album-album klien dan juga berjalan-jalan ke IKEA. Dan lagi tu. Tapi dulu tahap kelajuan 100km/jam. Skarang suda 20km/jam. Jadi, berjam-jam la kat sana. Yang penting dapat makan meatball yang sedap itew. Lepas ini boleh la berpantang dengan hati senang. heh heh.

Ok, nak siapkan keje sikit lagik. Ah ya, semalam sudah pergi scan kali terakhir. Alhamdulillah, kata doktor semua okay. InsyaAllah tak ada masalah untuk bersalin bila-bila masa sekarang. Huhu… gue ada rasa sedikit neves. Lagik2 kali ini rasa berat semacam. Dulu sehari sebelum besalin Najla, buleh lagi mendukung Tasneem ke hulu ke hilir. Skarang nak angkat beg kamera pun tak larat suda…

Wokeh, bye.

*gambar kang letak ek. Maleh nak transfer dalam kamera. hehe


pakai spender arr wey~


“i like to move it move it!”


senyum tesepit


aksi duduk bersimpuh ala wanita melayu. tapi pastu berak depan worang. hahahh


tasneem cuak tengok gajah. dan dan tu ajak balik ekekeke


kuda ni kecik comey la macam adik. wahaha. prasans


part ni tak aci. makan eskrim tak ajak ibu. korang tau kan ibu suka ekskrim gak.


kudaku larriii gagah berranniiii tara kucha cha cha


sapa tak mandi angkat tangan!


anak orang utan yg pemalu. namanya nur intan sarah maimunah batrisyia. panggil maimon je.

May 20, 2009

Tiada Tajuk Khusus

Filed under: Uncategorized — uDA @ 9:41 am

Tiba-tiba ada bunyi kucing mengiau dalam kete masa hantar T&N gi sekolah pagi ni. Saya dengan hubby pandang sesama sendiri. Setahu saya tak ada pun kami tukar bunyi nada dering telefon pada bunyi meow meow anak kucing tu. Mungkin bunyi anak kucing kat luar, sebab bunyi tu kami dengar masa tengah berhenti kat simpang depan. Tapi bila jalan terus bunyi meow meow tu ada jugak. hahah. Kami berhenti tepi jalan. Saheh, anak kucing comel kaler oren tengah bertenggek atas bateri kereta. Sib baik tak tergolek kat tayar dan tak pasal-pasal kena gelek pagi-pagi Rabu nih. T&N sangat pelik macamana anak kucing boleh ada dalam bonet kereta.

Pagi ini makan nasi kerabu sedap kat restoran baru, dekat dengan bakal opis baru kami di IM16. *oit TNB, cepat la pasang kabel!*. Lepas makan nasi kerabu, makan roti bun yang dibakar dengan mentega dan kaya yang lazat. Hahah. Dasat betul selera makan sekarang ni. Dulu nak habis sepinggan nasi kerabu pepagi buta memang payah. Sekarang lepas nasi sepinggan bleh order roti plak. Semalam petang pun layan beriyani. Lepas habis sepinggan, rasa nak makan roti nan tandoori. ngehhhhh…tapi segan nak order. Kang hubby malu kat orang meja sebelah. Bior betik bini orang ni makan ke mentekedarah. hihihi. Jadi ku pendam saja akan hasrat tersebut. (Petang ni rasa nak gi makan mi calong ngan karipap panas enampulohsensebijik kat taman gelora. Nak minum air kelapa jugak. hihihi)

Takde mende nak citer benornya. Nak warm up je, kasi ada mood mengedit gambo. isk isk. Kepala berat sokmo.

Haaa korang baca tak kosmo semalam pasal bebudak pelesit kat permatang badak tu yang lompat pagar sekolah pastu gi merempit dgn muka berconteng2 tu. Itu la spisis2 bebudak yang selalu melepak kat cc bawah dan merempit kat jalan depan kedai kami ni petang-petang. Budak-budak ni mmg banyak kes, terutamanya aktiviti hidu gam yang sangat giat kat dalam kedai kosong blok depan ni. Harap-harap polis cargas sket la tangkap budak-budak tersebut.

ok. kerja time.

p/s: seperti biasa, gambo di bawah tiada kaitan dengan cerita di atas.


“lihatlah anakku, ketika engkau 5 bulan dalam perut ibu, ibu masih begitu gigih bekerja mencari rejeki.” *ahaks. uda-poyo*