July 13, 2008

Hari Minggu

Filed under: Am — uDA @ 8:48 pm

Hujung minggu ini kami tak ke mana-mana. Maksudnya, kami hanya berada di sekitar Kuantan. Tiada tugasan untuk ambil gambar. Jadinya banyak masa di pejabat, siapkan kerja-kerja yang entah bila nak siap. huhu.

Hari Sabtu petang kami ke tadika T&N. Ada ‘Open Day’. Ibu bapa dijemput hadir untuk lihat prestasi akademik anak masing-masing di sekolah. Wah…tadika pun dah kena datang tengok buku rekod. hihi. Tasneem dan Najla, dua-dua dapat nombor 6 dalam kelas masing-masing. Ni pakat-pakat ke, tak tau la.

Tapi dari keputusan ‘first term’ ni, Tasneem punya keputusan lebih baik dalam subjek Art dan juga Smart Reading. Tapi Najla bab seni2 dia memang kureng skit. Cikgu dia pun cakap, kalau suruh dia warna-warna ni, sekejap aje, lepas tu mesti dia cakap, ‘adik tak nak kaler dah. adik penat’. Hahah…sama la dialog dia kat rumah pun macam itu jugak. Kaler skit penat. Kaler skit ngantuk. Keputusan dia yang dapat 100% ialah matematik. Lebih pada angka kut, ikut abahnya. Ada built in calculator dalam otak. huhu. Tasneem ni boleh dah gamaknya ajar dia photoshop dari sekarang. thehhehe…

Kami baru siap pasang backdrop untuk mini studio kat galeri ni. Untuk permulaan ni ada studio putih sahaja dulu. Nak ambil gambar kat studio putih? mai la. :-D

Ok, itu saja. Bye!

July 7, 2008

Akad Nikah Hanani & Izwan

Filed under: Am — uDA @ 11:53 am

Pertama kali ada assignment buat slide show untuk tayangan masa hari bersanding. huhu. ok tak? :-D

July 3, 2008

Wedding Exhibition

Filed under: Aktiviti, Bisnes — uDA @ 10:10 am

Alhamdulillah, selesai sudah wedding exhibition. Untuk pengalaman pertama menyertai exhibition, rasa sangat penat, tapi berbaloi. Matlamat kami adalah untuk memperkenalkan nama dan produk-produk yang ada. Tapi terkilan sebab pihak penganjur tak buat promosi yang sepatutnya. Jadi rata-rata yang datang adalah sebab kebetulan. Tak apa lah, pengajaran untuk masa depan. huhu

Hujung minggu yang memang sangat mencabar buat kami, sebab sibuk dengan exhibition, kemudian tiba2 dapat job penting yg ad-hoc. Kawan2 yang sepatutnya shoot pulak semua ada hal. Terpaksa import kawan-kawan dari KL dan Besut. Terima kasih banyak-banyak! Najla pulak tak sihat, kena jangkitan pada usus. Nasib baik la ada tokwan dan adik2 ipar yang boleh tolong jaga. Memang tak cukup tangan!

Terima kasih juga pada kawan-kawan fotografer lain yang datang beri sokongan. Ex-client dan client2 akan datang yang rajin jenguk2 kami kat booth. Tima kasih!

Ok, gambar skit! hehe. Tak dan sangat snap gambar. Ni gambar-gambar masa hari Khamis/Jumaat. Orang tak ramai sangat. Ada lagi gambar boleh tengok di blog Encik Syakir


tengah set-up booth. baru nak gantung banner


awek belgium yang comey. hehe…


klien ni best. dia datang 2nd time tu, dia yg terangkan pasal produk2 kami kat family dia hihihh

June 23, 2008

Citrawarna

Filed under: Aktiviti, Foto — uDA @ 8:41 am

Saya berada dalam situasi sangat sibuk. Tak tahu la bila nak habis kerja-kerja ni. Yang tertangguh belum selesai, kena siapkan kerja-kerja yang ‘urgent’ dulu.

Hujung minggu lepas, saya sempat ke pertunjukan Citrawarna di Padang Kamunting, Kuantan. Fotografer teramatlah ramainya huhu. Ok la, sekali sekala menghilangkan tekanan, pergi shoot benda2 meriah camni kan. Masa ni gak la bleh tengok tok batin joget lagu rock. thhehehe. Malu2 kucing muka tok batin bejoget.

ok la, banyak nak cerita. gambar pun berlambak, kita letak satu gambar la dulu. tak dan nak milih. nanti la sambung.

Selamat bekerja semua! :-D

June 13, 2008

1 Tahun

Filed under: Am — uDA @ 10:28 pm

1 tahun bukanlah jangka waktu yang lama sangat. Pejam celik, sekejap je dah setahun.

Hari ini saya buka semula fotopages dari muka pertama sampai yang terakhir. Terasa sungguh cepat masa berlalu. Sungguh banyak yang telah dipelajari. Sangat ramai kawan-kawan baru yang saya kenal, yang punya sama minat dan kesungguhan. Hari ini pada tahun lepas, sehari sebelum bertolak ke Kuching, hati saya sedang berdebar memegang dslr pertama, D80 setelah puas T9 saya kerjakan. T9 yang sangat banyak berjasa (ada lagi, tak jual). huhu.


Terima kasih tak terhingga saya pada suami yang 100% menyokong minat saya yang bertukar menjadi kerjaya. Juga pada kawan-kawan yang sentiasa mengikuti perkembangan. Pandangan dan kritikan membina anda adalah dialu-alukan sentiasa.

Belajar adalah proses yang tidak akan berhenti. Saya akan teruskan. Chaiyok!Chaiyok! :-D